MP sebak tutup perbahasan kes Zara

LocalPolitics
19 Aug 2025 • 2:04 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah menitiskan air mata ketika menutup perbahasan ke atas penerangan Menteri Dalam Negeri berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir, di Dewan Rakyat pada Isnin.

Dalam sebak, beliau mengakhiri ucapannya dengan berkata: “Buat allahyarham Zara, tidurlah dalam lena yang abadi, dalam dakapan kasih Ilahi. Dunia ini belum cukup aman untukmu, tapi syurga pasti menyambutmu dengan senang hati.”

Sebelum itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, memberi penjelasan di dalam Parlimen mengenai kes Zara serta tindakan yang diambil kerajaan untuk menanganinya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Matbali yang menjadi pembahas pertama daripada enam Ahli Parlimen, menghargai penjelasan diberikan itu, sambil berharap siasatan diteruskan dengan ketelusan dan keberanian demi keadilan untuk Zara.

Pada masa sama katanya, penjelasan itu juga diharap dapat meredakan suara kebangkitan `Keadilan Untuk Zara’ sampai ke luar negara.

Beliau turut memuji usaha KDN menubuhkan pasukan khas dari Bukit Aman dan menghantar pasukan petugas ke Sabah untuk menyelongkar kebenaran di sebalik kejadian itu.

Di Sabah, katanya, pemimpin negeri daripada institusi tertinggi Yang Dipertua Negeri hingga ke peringkat akar-umbi, semuanya telah bangkit bersuara agar siasatan dijalankan secara menyeluruh.

Menurutnya, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri turut menyantuni ibu Zara sebagai tanda keprihatinan pimpinan wilayah ini.

“Seluruh negara, malah dunia, telah bangkit dan bersatu, tiada lagi beza parti, bangsa mahupun darjat, kerana Zara telah menyatukan kita dalam satu roh kemanusiaan sejati.

“Dari kota dan bandar hingga ke ceruk kampung di Sabah, poster-poster `Justice for Zara’ berkibar tanpa henti, simbol suara rakyat yang tidak mahu pemergian ini dilupakan begitu saja,” katanya.

Matbali menegaskan bahawa yang bersalah sama ada pembuli atau pembunuh, harus diheret ke muka pengadilan tanpa kompromi.

“Ini penting kerana keadilan bukan sahaja untuk menghukum, tetapi menyedarkan dunia, bahawa setiap nyawa itu suci dan tidak boleh dipermainkan.Paling utama ketika ini adalah pencarian kebenaran secara tuntas.

“Kenapa, bagaimana dan siapa yang menyebabkan Zara sengsara sehingga menemui ajal, dengan tubuhnya ditemukan terperosok dalam longkang pada jam 3 pagi. Itu yang rakyat ingin tahu dan itu yang kita wajib jawab,” tegasnya.