Kes Zara Qairina: Rakaman Audio Asli, Peguam Minta Hentikan Spekulasi Liar Pasal Mesin Basuh

LocalPolitics
6 Aug 2025 • 11:20 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia saksi Zara Qairina

Kes tragis melibatkan kematian pelajar 13 tahun, Zara Qairina Mahathir, terus menjadi perhatian ramai.

Terbaru, tular pula rakaman audio berdurasi 44 saat antara arwah dan ibunya, yang menyebut tentang individu digelar ‘Kak M’.

Lapor Berita Harian, peguam keluarga, Hamid Ismail, yang mewakili ibu Zara, Noraidah Lamat mengesahkan itu adalah rakaman sebenar.

Menurut beliau, rakaman suara tersebut telah pun diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Peguam minta semua pihak fokus kepada keadilan

image is not available

Dalam kenyataan lanjut, Hamid menyeru orang ramai agar berhenti mencetuskan teori tidak berasas serta menyebarkan naratif liar berhubung kematian Zara.

Katanya, tindakan ini bukan sahaja boleh mengganggu proses siasatan, malah turut mencemarkan maruah keluarga mangsa.

image is not available

Beliau turut menegaskan dakwaan mangsa dimasukkan ke dalam mesin basuh adalah tidak benar.

Hentikan buat spekulasi sebegitu.

Hamid turut mengingatkan netizen supaya tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan. Tegas beliau, tindakan menyebarkan andaian boleh mengganggu siasatan dan memberi kesan buruk kepada keluarga Zara yang sedang dalam tempoh berkabung.

Pssttt! Biarlah pihak berkuasa menjalankan tugas mereka tanpa tekanan daripada spekulasi liar yang hanya menambah luka kepada keluarga mangsa.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.