Kes Zara Qairina: Sebar Dakwaan ‘Pembunuhan Terancang’, Lelaki 51 Tahun Ditahan

LocalPolitics
19 Aug 2025 • 7:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Berita Harian, pihak polis telah pun menahan seorang lelaki yang menyebarkan dakwaan di TikTok bahawa kematian Allahyarham Zara Qairina merupakan ‘pembunuhan terancang’.

Lelaki 51 tahun ditahan oleh polis

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar, pihaknya mula mengesan lelaki itu selepas dia meyebarkan satu video di akaun TikTok bernama @berjuanguntukzara.

image is not available

Berikutan itu, tangkapan dibuat ke atas seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun pada 18 Ogos jam 10.20 malam. Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dipercayai digunakan dalam kes itu.

‘Pendedahan Penemuan Bukti Bedah Siasat Zara

Difahamkan, video yang dimuat naik itu diletakkan dengan tajuk ‘Pendedahan Penemuan Bukti Bedah Siasat Zara’, di mana ia mengandungi audio perbualan penemuan yang kononnya hasil bedah siasat arwah Zara.

image is not available

Dalam pada itu, M Kumar turut menyeru agar orang ramai memberi pihaknya ruang untuk menjalankan siasatan dengan profesional serta elak daripada membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

image is not available 2025-08-19 16:38:20

Restoran Di Kedah Tawar Ganjaran RM30K Kepada Pemberi Maklumat Kes Zara Qairina - "Kalau Berlaku Pada Anak & Cucu Bagaimana?"