Kes Zayn Rayyan: Ismanira Menangis Selepas Diperintah Bela Diri

LocalPolitics
21 Jul 2025 • 2:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebentar tadi, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya memutuskan bahawa ibu kepada Zayn Rayyan, iaitu Ismanira Abdul Manaf, diperintah untuk membela diri atas pertuduhan mengabaikan anaknya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal dua tahun lalu.

Keputusan itu diumumkan oleh Hakim Dr Syahliza Warnoh selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Ismanira.

Ismanira menitiskan air mata sebaik mendengar arahan mahkamah dan memeluk ahli keluarganya sambil menangis selepas prosiding ditangguh seketika.

Sementara itu, mahkamah melepaskan dan membebaskan suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, daripada pertuduhan yang sama.

image is not available

 

“Setelah mendengar dan meneliti saksi pendakwaan secara penilaian maksimum dan eksibit yang dikemukakan, bagi tertuduh pertama, mahkamah memutuskan pendakwaan gagal menbuktikan niat bersama.

“Jadi, tertuduh pertama, Zaim Ikhwan dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

“Bagi tertuduh kedua, Ismanira mahkamah berjaya membuktikan kes prima facie maka dipanggil membela diri tertuduh kedua, Ismanira, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya dan dipanggil untuk membela diri mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Ismanira dan Zaim diwakili oleh pasukan peguam yang terdiri daripada Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.