Kes Zayn Rayyan Sudah Hampir Ke Penghujung, Petunjuk Besar Didakwa Sudah Diperoleh Polis?

11 Jun 2024 • 9:55 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagi mereka yang mengikuti kes kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, kita sedia maklum bahawa ibu kepada kanak-kanak ini yang berada dalam tahanan reman telah dibawa ke kediaman mereka di Apartment Idaman semalam, dipercayai untuk melakonkan semula kejadian.

Susulan perkembangan itu, difahamkan kes pembunuhan kanak-kanak ini dikatakan sudah menghampiri garisan penamat.

image is not available

Menurut Harian Metro, difahamkan satu petunjuk besar berkemungkinan telah diperoleh polis berdasarkan siasatan sepanjang tempoh reman berkenaan.

Ini juga berdasarkan proses polis membawa ibu mangsa ke lokasi kejadian selepas dia disambung reman selama enam hari bermula Jumaat lalu.

image is not available

Untuk rekod, dua individu yang ditahan merupakan ibu dan bapa kanak-kanak berkenaan yang berusia 28 tahun.

Wartawan di lokasi juga mendapati ibu kepada mangsa tiba pada jam 10.15 pagi dengan menaiki van putih menuju ke Blok R kediaman berkenaan.

Difahamkan, wanita berkenaan juga dibawa ke lokasi arwah Zayn ditemukan iaitu saliran sungai yang terletak kira-kira 200 meter daripada blok kediaman yang dihuni keluarga tersebut bagi melakonkan semula kejadian.

image is not available

Anggota polis juga pada masa yang sama dilihat membawa patung kanak-kanak namun tak dapat dipastikan apakah tujuan kegunaannya.

Setakat jam 4 petang semalam, usaha bagi mendapatkan maklumat rasmi berkaitan kes ini masih belum berhasil.

Peguam yang mewakili ibu kanak-kanak berkenaan, Mahmud Jumaat berkata, pihaknya masih menunggu hasil siasatan kes.

Sama-sama kita doakan semoga keadilan dapat ditegakkan buat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan ini.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.