Kesal Harga Tapak Peniaga Pesta Benak ‘Kalahkan’ Harga Emas, Ini Penjelasan Pihak Berkuasa

30 Aug 2023 • 3:26 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Harga untuk tapak sewa cetus khuatir di kalangan peniaga

Kesal Harga Tapak Peniaga Pesta Benak ‘Kalahkan’ Harga Emas, Ini Penjelasan Pihak Berkuasa. Satu hantaran dari seorang netizen mengenai harga tapak khemah untuk Pesta Benak telah mencetuskan perbincangan hangat di media sosial.

Harga yang didakwa mahal, RM1,200 untuk sebuah tapak berukuran 10×10 kaki selama 10 hari, membangkitkan pelbagai pandangan dari warga netizen.

image is not available
Kesal Harga Tapak Peniaga Pesta Benak ‘Kalahkan’ Harga Emas, Ini Penjelasan Pihak Berkuasa

Pesta Benak di Sri Aman mampu menarik pelancong luar

Pesta Benak adalah salah satu acara tahunan yang menarik pelancong dari pelbagai tempat. Fenomena ini berlaku pada setiap bulan mengikut air pasang besar (King Tide), dan akan melintasi tebingan bandar Sri Aman yang menjadi lokasi utama Pesta Benak.

Dengan tarikan pelancongan Ini adalah peluang untuk peniaga mencari keuntungan. Walau bagaimanapun dengan harga tapak sewa yang diwar-warkan di laman sosial malah menjadi beban kepada peniaga.

image is not available

Berikut adalah penjelasan dari pihak berkuasa

Selain itu, harga tapak yang mahal mungkin akan mempengaruhi harga jualan, yang akhirnya akan ditanggung oleh pengunjung dan pelancong.

Bagaimanapun, pihak berkuasa telah memberikan penjelasan berkenaan tanggungjawab mereka dalam perkara ini. Dalam kenyataan rasmi, pihak berkuasa menyatakan,

“Adalah dimaklumkan bahawa MDSA pada tahun ini tidak bertanggungjawab ke atas Penjualan Lot Pesta Benak. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai penjualan lot Tuan/Puan boleh hubungi Urusetia Jawatankuasa Induk Pesta Benak 2023.”

image is not available

Satu lagi hantaran berkenaan dengan sewa tapak di Pesta Benak tersebut bahawa pihak petugas masih lagi belum memutuskan harga sewa tapak tersebut dan masih dalam perbincangan.

Keputusan untuk harga sewa tersebut bakal diumumkan pada minggu hadapan.

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: