
Protes dijalankan oleh beberapa individu di hadapan pasar Serian
Sewa Tapak Cecah RM5K, Peniaga Kecil Di Serian Protes Pihak Penganjur Letak Harga ‘Cekik Darah’. Semalam tular beberapa keping foto di mana beberapa individu menjalankan perhimpunan sebagai tanda protes susulan harga sewa lot yang mahal dihadapan pasar Serian.
Difahamkan, protes itu dijalankan bagi menggesa pihak penganjur menurunkan harga sewa tapak jualan untuk beberapa pesta atau festival yang bakal berlangsung.

Menurut mereka, kadar sewaan yang dikenakan terlalu mahal sehingga membebankan mereka lebih-lebih lagi mereka hanyalah usahawan dan peniaga kecil.
Berdasarkan foto yang tular itu dilihat mereka memegang kad manila dengan tulisan:
‘Contoh Pesta Simunjan kanopi putih 20×20 berharga RM4,800 kami tidak bersetuju; ‘mohon harga sewa lot jualan di tapak pesta ragata di seluruh negeri Sarawak kerana sewa lot mencekik darah’, ‘contoh lot pesta Marudi 10×10 RM150 sehari x8 hari RM1,200 usahawan kecil tidak mampu’, dan ‘CM bantu kami usahawan kecil’.

Susulan itu, pihak polis telah pun membuka satu kertas siasatan berhubung perhimpunan protes tersebut.
Siasatan telah pun dijalankan oleh pihak polis
Menurut laporan daripada Suara Sarawak, Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata, hasil maklumat awal mendapati kesemua individu yang terbabit (perhimpunan) difahamkan hanya datang bergambar sebelum beredar dari lokasi kejadian.

“Difahamkan mereka hanya datang mengambil gambar.
“Bagaimanapun polis akan membuat siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

