
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Mengambil atau menyimpan dadah mahupun barangan terlarang lain seperti air ketum dan sebagainya merupakan perkara yang salah di sisi undang-undang.
Bahkan mereka yang didapati memiliki atau positif kepada barangan terlarang ini boleh dikenakan tindakan dan dihukum sekiranya bersalah.
Bukan hanya itu, negara turut melarang masyarakat daripada mengambil bahan terlarang ini kerana ia boleh mengundang kepada banyak kesan buruk seperti tingkah laku yang tidak baik, kesihatan merosot, khayal dan banyak lagi.
Lelaki kumpul air kencing kesan ketagih air ketum
Terbaharu seorang lelaki bertindak mengumpul air kencingnya didalam botol minuman sehingga ia memenuhi ruang biliknya akibat ketagihan air ketum.
Lelaki berusia 22 tahun itu didakwa mengami kesan tersebut sejak setahun yang lalu.
Meskipun tandas ada berdekatan dengannya namun lelaki itu masih memilih untuk membuang air kecil di dalam botol serta menyimpannya dalam bilik. Keadaan itu turut membuatkan keadaan rumah menjadi tidak selesa.
Awalnya hanya mencuba sebelum ketagihan hingga jejas kehidupan
Turut difahamkan, lelaki itu awalnya sekadar mencuba minuman yang berasaskan daun ketum berkenaan sebelum didakwa ketagih kerana bergantung pada air tersebut sehingga menjejaskan kehidupannya.
Jelas Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang, ketagihan berkenaan telah menyebabkan lelaki tersebut:
- Tidak bekerja
- Kehidupan harian tidak terurus
- Bertindak agresif ekoran gagal dapatkan wang untuk beli air ketum
“Keadaannya semakin membimbangkan apabila dia menunjukkan perubahan sikap yang ketara dan sukar dikawal,” jelasnya, lapor Sinar Harian.
Rosakkan hubungan kekeluargaan
Situasi terbabit turut menggambarkan kesan serius lelaki tersebut ekoran ketagihan air ketum berkenaan di mana ia tidak sahaja menjejaskan kesihatan dan fizikal tetapi merosakkan hubungan antara keluarga.
“Ramai memandang ringan isu ketum kerana menganggap ia sekadar air rebusan daun. Hakikatnya, jika disalah guna dan diambil secara berlebihan ia boleh membawa kepada ketagihan serta perubahan tingkah laku.”
Oleh itu, AADK Pulau Pinang menasihatkan masyarakat untuk tidak mengambil ringan mengenai bahaya penyalahgunaan ketum serta mendapatkan bantuan segera jika ada ahli keluarga mahupun kenalan yang menunjukkan tanda-tanda ketagihan.


