Durian murah, tapi kesihatan anda lebih mahal.
Harga durian memang murah sekarang.
Dekat tepi jalan nampak longgok.
Di media sosial pun ramai share harga runtuh.
Ada yang beli satu bekas.
Ada yang beli satu bakul.
Ada yang rasa, “alang-alang murah, makan puas-puas.”
Tapi jangan lupa.
Yang murah itu durian.
Yang mahal itu gula darah kita.
Yang mahal itu buah pinggang kita.
Yang mahal itu jantung kita.
Yang mahal itu kesihatan yang susah nak dapat balik bila sudah terganggu.
Durian bukan makanan terlarang.
Durian sedap.
Durian ada musim.
Durian memang nikmat.
Cuma masalahnya bermula bila kita makan seolah-olah badan tiada limit.
Bagi orang yang ada diabetes, durian boleh menyebabkan gula darah naik dengan cepat jika dimakan terlalu banyak.
Bagi pesakit buah pinggang, kandungan potassium dalam durian boleh jadi risiko jika tidak dikawal.
Bagi yang mudah gastrik, reflux, kembung atau senak perut, makan banyak durian boleh buat badan rasa tidak selesa.
Dan untuk kita yang kononnya “sihat”, makan durian berlebihan tetap boleh menyumbang kepada kalori berlebihan.
Sebab itu makanlah.
Tapi makan berpada-pada.
Jangan sampai sebab murah hari ini, esok badan pula yang bayar harga.
Durian boleh beli lagi.
Kesihatan, bila sudah merosot, bukan semudah itu untuk beli semula.
#PublicHealthMalaysia
#DurianMurah
#MakanBerpadaPada
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.



