Keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia hampir lima juta

25 Dec 2022 • 8:32 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Jangkitan baharu wabak itu merekodkan penurunan berbanding 902 kes sehari sebelumnya.

SHAH ALAM - Malaysia hampir mencatatkan jumlah keseluruhan kes positif baharu Covid-19 lima juta kes apabila mencatatkan 4,984,407 kes dengan pertambahan 766 kes pada Sabtu.

Data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman sesawang KKMNOW pada Sabtu turut menunjukkan kesemua kes baharu yang direkodkan itu melibatkan penularan tempatan.

Bagaimanapun, jangkitan baharu wabak itu merekodkan penurunan berbanding 902 kes sehari sebelumnya.

Berdasarkan data sama, satu kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan, menjadikan jumlah kumulatif kes itu sebanyak 36,831 sejak wabak itu melanda negara.

Dalam pada itu, sebanyak 1,026 kes sembuh dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,971,955 kes.