Selepas 12 episod, drama “When the Phone Rings” telah pun melabuhkan tirainya.
Terbaru, Yoo Yeon-seok telah terlibat dalam satu temu bual, bagi menceritakan tentang pengakhiran drama itu dan juga keserasiannya bersama Chae Soo-bin yang dipuji ramai. Luah lelaki itu,
Saya rasa ramai orang sangat menikmati keserasian kami dan saya bersyukur untuk itu. Saya bersyukur kerana penonton memberikan reaksi yang baik selepas melihat gandingan kami. Pada mulanya semasa penggambaran adegan cinta, ia berasa janggal dan mengambil masa sedikit untuk saya dekati Soo-bin kerana dia pemalu. Saya bersyukur Soo-bin bergantung pada saya dan mengikuti saya dengan baik.

Kemudian ketika ditanya jika terdapat peluang dia dan Chae Soo-bin untuk menjadi pasangan dalam kehidupan sebenar, Yoo Yeon-seok mengaku sambil ketawa,
Tak akan ada perkara sebegitu.
Hmm takde harapan lah gini..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Keserasian Dipuji, Yoo Yeonseok Jawab Jika Ada Kemungkinan Akan Bercinta Dengan Chae Soobin first appeared on KimchiDaily.my.

