Keserasian PN-BN perlu wujud secara organik – Ahmad Zahid

LocalPolitics
24 Jul 2026 • 5:45 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Keserasian PN-BN perlu wujud secara organik – Ahmad Zahid

JELEBU: Keserasian antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu diwujudkan secara organik bagi memastikan kerjasama kedua-dua gabungan itu dapat berjalan dengan baik.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya akan melihat terlebih dahulu perkembangan di Negeri Sembilan sebelum menilai potensi kerjasama PN-BN untuk dibawa ke peringkat seterusnya.

“Kita lihat dulu apa yang akan berlaku di Negeri Sembilan ini dan selepas itu kita juga akan lihat apa yang akan berlaku di Melaka.

“Saya mengharapkan agar keserasian PN-BN ini dapat diwujudkan secara organik dan yang penting ialah keikhlasan dengan insya-Allah memperlihatkan kejayaannya pada 1 Ogos nanti,” katanya selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Orang Asli Negeri Sembilan di Kampung Tohor, di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dilaporkan berkata, persefahaman yang dibentuk antara BN dan PN bukan sekadar terhenti di Melaka, sebaliknya berpotensi dibawa sehingga ke Putrajaya. – UTUSAN 

 

The post Keserasian PN-BN perlu wujud secara organik – Ahmad Zahid appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved