Kesesakan penjara: Fokus kurangkan kemasukan semula

20 Sep 2026 • 9:45 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Kesesakan penjara: Fokus kurangkan kemasukan semula

LAHAD DATU: Jabatan Penjara Sabah memperhebatkan usaha pemulihan bagi mengurangkan kemasukan semula ke penjara susulan beberapa penjara di negeri ini terus berdepan isu kesesakan ketara.

Pengarah Jabatan Penjara Sabah dan Labuan Tey Hock Soon berkata isu berkenaan sangat ketara khususnya di Penjara Pusat Kota Kinabalu, Penjara Tawau dan Penjara Sandakan.

“Walaupun pihak jabatan tidak dapat mengawal jumlah individu yang memasuki penjara namun usaha pemulihan dan integrasi semula boleh diperkukuh bagi mengurangkan jumlah mereka yang kembali ke penjara selepas dibebaskan.

“Fokus kami adalah memastikan mereka tidak kembali ke penjara atau melakukan kesalahan berulang selepas selesai menjalani hukuman,” katanya ketika program Outreach di Penjara Lahad Datu pada Jumaat.

Program itu dirasmikan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohd Yusof Apdal.

Menurut Tey sokongan keluarga, penglibatan komuniti dan peluang pekerjaan merupakan komponen penting dalam membantu penghuni penjara membuat persediaan untuk kehidupan selepas dibebaskan.

Beliau berkata Program Outreach Korektif merupakan antara inisiatif yang dilaksanakan Jabatan Penjara dengan program tahun ini membabitkan 20 prospek terpilih yang ditemani anggota keluarga termasuk ibu bapa, adik-beradik dan saudara-mara bagi memberikan sokongan moral sepanjang menjalani proses pemulihan.

Tey berkata keluarga digalakkan supaya tidak menjauhkan diri daripada prospek agar mereka dapat diterima dan diberi sokongan apabila kembali ke komuniti.

Dalam pada itu beliau menyatakan jabatan itu turut bekerjasama dengan rakan strategik termasuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menyediakan peluang pekerjaan dan latihan kepada prospek sebelum dibebaskan.

Beliau berkata program MyFutureJobs yang diadakan bersama Perkeso bulan lepas bertujuan memastikan prospek tidak ketinggalan daripada peluang pekerjaan walaupun berstatus individu yang sedang menjalani hukuman.

“Kami mahu mereka mempunyai persediaan dan kemahiran yang diperlukan sebelum dibebaskan supaya dapat digunakan di luar,” katanya turut memaklumkan jabatan itu turut bekerjasama dengan majikan melalui program Corporate Smart Partnership yang menyediakan peluang pekerjaan dalam sektor berkaitan.

Sementara itu di Lahad Datu, beliau berkata beberapa kerjasama telah diwujudkan dengan industri perladangan, membolehkan prospek terpilih bekerja dan menerima gaji minimum RM1,700.

“Prospek juga mendapat akses kepada pelbagai program latihan kemahiran termasuk kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dijalankan bersama Kementerian Sumber Manusia,” ujarnya.

Mengulas lanjut Tey berkata data nasional menunjukkan antara 12 dan 13 peratus individu yang dibebaskan kembali ke penjara dalam tempoh tiga tahun.

Bagaimanapun beliau memaklumkan kadar itu kurang daripada satu peratus dalam kalangan peserta program pemulihan berasaskan komuniti seperti Parol dan Pelepasan Berlesen.

“Ini kerana program berkenaan merangkumi sesi intervensi, yang mana pegawai parol menyelia dan memantau mereka, selain membantu mendapatkan peluang pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata sokongan berterusan sebelum dan selepas pembebasan penting bagi membantu bekas penghuni penjara membina kehidupan yang stabil dalam komuniti serta mengurangkan kemasukan semula ke penjara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved