Lelaki dipenjara tiga tahun terlibat transaksi RM92,000

LocalBusiness & Finance
30 Aug 2026 • 1:19 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Lelaki dipenjara tiga tahun terlibat transaksi RM92,000

LAHAD DATU: Seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selepas RM92,000 yang dikaitkan dengan kegiatan penipuan dipindahkan ke dalam akaun bank miliknya.

Tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 424C(1) Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Lahad Datu.

Kes itu terbongkar selepas seorang mangsa membuat laporan polis mendakwa ditipu oleh seorang individu yang menyamar sebagai pegawai Jabatan Pertanian dan menawarkan untuk membekalkan peralatan solar menerusi aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun peralatan berkenaan didapati tidak wujud, sedangkan mangsa telah melakukan enam transaksi dengan jumlah keseluruhan RM92,000.

Siasatan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu kemudian membawa kepada penahanan lelaki berusia 28 tahun itu yang dikenal pasti sebagai pemilik akaun bank terbabit.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Polis Dzulbaharin Ismail berkata lelaki itu dipercayai telah memberikan maklumat perbankan dalam taliannya kepada satu sindiket penipuan.

“Di Mahkamah Sesyen Lahad Datu pada 28 Ogos, tertuduh mengaku terlibat secara tidak langsung, tanpa alasan yang sah dalam transaksi membabitkan kemasukan RM92,000 ke dalam akaunnya.

“Tertuduh dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved