

Gara-gara isu parking di Kea Farm, Cameron Highlands, Pahang yang kembali tular semalam menyebabkan kerajaan Pahang sudah bersuara bahawa pihaknya akan menangani masalah itu dengan segera.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) bersetuju untuk menyediakan tempat letak kereta itu di atas sebahagian tanah milik MDCH.

"Penambahan tempat letak kereta ini mengandungi dua fasa iaitu fasa satu melibatkan 516 buah petak parkir yang dijangka akan siap dilaksanakan pada Februari 2025.
"Sementara fasa dua melibatkan 543 buah petak parkir tertakluk kepada keperluan dan permintaan," katanya.


