Kesesakan Teruk Sejak 20 Tahun Di Pekan Tapah, Akhirnya Selesai!

2 May 2025 • 12:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Selepas lebih 20 tahun berdepan kesesakan lalu lintas, penduduk di sekitar Pekan Tapah, Perak kini boleh menarik nafas lega memandangkan projek penyuraian trafik laluan sehala bernilai RM2.2 juta sudah siap sepenuhnya, baru-baru ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang meninjau lokasi tapak itu (FT001) hari ini berkata keadaan trafik di kawasan berkenaan bergerak lancar.

image is not availableimage is not available

"Kami (KKR) datang untuk melawat tapak yang baru sahaja siap ini , untuk memastikan pengguna jalan raya kita lebih selesa dan selamat.

"Saya sendiri sudah lalui tadi bersama JD (Jurutera Daerah) dalam kereta beliau. Sekarang trafik agak lancar dan sebelum turun ke tapak, kami ada bermesyuarat di pejabat JKR (Jabatan Kerja Raya) daerah sini dan banyak dibincangkan kerja-kerja akan datang untuk ditambah baik," katanya kepada pemberita.

Sebelum ini, Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad memaklumkan kerja-kerja menambah baik laluan sehala di pekan Tapah itu dimulakan pada 7 April lepas dan dijangka selesai dalam tempoh tiga minggu.