“Kesian dekat pengantin kenangan sekali je” – Jurugambar Tak Dapat Ambil Gambar Jarak Dekat Sebab Peraturan Masjid

Entertainment
4 Jun 2025 • 1:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setiap momen indah dalam sesebuah majlis perkahwinan tidak mungkin dapat diulang dan menjadi memori bagi pasangan pengantin.

Jadinya, pengantin akan mengupah jurugambar profesional bagi membantu merakamkan momen-momen istimewa sepanjang majlis berlangsung.

Jurugambar pula pastinya akan memainkan peranan penting mencari shot yang cantik untuk memuaskan hati pelanggannya.

Bagaimanapaun, situasi yang berlaku terhadap pihak jurugambar ini berbeza pula apabila pertama kali dihalang akses masuk ke ruangan masjid untuk mengambil gambar pengantin.

Berkongsi mengenai hal itu, jurugambar terbabit terpaksa mengambil momen penting sewaktu akad nikah pengantin di luar ruangan masjid iaitu hanya menerusi tingkap kaca dari jarak jauh.

Hal ini disebabkan masjid terbabit telah meletakkan notis larangan untuk membawa dan mengambil gambar di dalam kawasan masjid.

image is not available

Dalam video yang dikongsikan, dapat dilihat sedikit sukar untuk jurugambar mengambil shot yang cantik kerana jarak jauh dan dihalang oleh tingkap kaca.

Bagaimanapun, pihak jurugambar menyatakan mujur dapat mengambil gambar pengantin yang lebih formal dan menarik di dalam dewan (tempat berlainan) walaupun sudah lewat malam.

“Kami ni okay je, tapi kesian dekat pengantin kenangan sekali seumur hidup,” tulisnya.

Ramai baru tahu ada masjid buat peraturan sebegitu

Perkongsian jurugambar itu telah mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial, rata-ratanya mempersoal peraturan yang dibuat oleh pihak masjid berkenaan kerana merasakan perkara itu tidak melanggar syarak.

Netizen juga berkongsi pengalaman yang sama mengenai perkara itu di beberapa masjid lain.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Dalam pada itu, ada juga merasakan pihak pengantin perlu melakukan kaji selidik dahulu lokasi yang akan digunakan dan berbincang sebelum majlis berlangsung agar perkara sebegini tidak terjadi lagi.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.