“Kesian Mami Saya Di Kubur” – Anak Pengasas Dnars Dakwa Bapa Tiri Gagal Serah RM1.3 Juta

LocalPolitics
19 Sep 2025 • 11:29 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia dnars

Isu tuntutan harta pusaka Allahyarham Faziani Rohban Ahmad, pengasas produk kecantikan Dnars, kembali panas apabila waris tampil memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah untuk membatalkan saman harta sepencarian yang difailkan suami arwah.

Lebih mengejutkan, peguam yang mewakili waris juga mengesahkan akan memfailkan prosiding komital terhadap Ahmad Shah Rizal Ibrahim kerana gagal mematuhi perintah mahkamah sebelum ini.

Gagal serah RM1.3 juta dalam tempoh ditetapkan

image is not available

Sebelum ini, Hakim Zaini Sulaiman memerintahkan Ahmad Shah Rizal mendepositkan wang RM1.3 juta ke dalam akaun pentadbir bersama yang dimiliki oleh beliau dan anak sulung arwah, Aqbar Hakim Jasman dalam tempoh 30 hari.

Namun peguam Shaharuddin Mohamed berkata, sehingga jam 11 pagi, wang tersebut masih belum didepositkan seperti yang diperintahkan pada 13 Ogos lalu.

Oleh yang demikian, saya menerima arahan daripada anak guam saya untuk memfailkan prosiding komital menghina mahkamah ke atas plaintif dan permohonan pembatalan saman harta sepencarian plaintif.

Seorang anak arwah melalui hantaran di media sosial turut meluahkan rasa terkilan apabila wang berkenaan masih tidak diserahkan.

Luahan itu nyata menyentuh hati ramai netizen yang bersimpati dengan nasib anak-anak arwah dan mahu isu ini segera diselesaikan dengan adil.

Pssttt! Bila melibatkan harta pusaka, ia bukan sekadar soal wang semata-mata tetapi juga hak waris yang perlu dipulangkan seadilnya. Semoga isu ini dapat diselesaikan segera demi masa depan anak-anak arwah.

Kredit: Thread | Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.