“Kesiannya” – Berderet Kereta Dipecah Dekat Stesen LRT Awan Besar

Entertainment
5 Jul 2024 • 12:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selain membawa kenderaan ke tempat kerja, ramai juga yang memilih untuk menggunakan pengangkutan awam. Ianya dilihat sebagai satu alternatif untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video di aplikasi TikTok yang memaparkan beberapa buah kereta dipecahkan tingkapnya oleh individu yang tidak diketahui di stesen LRT Awan Besar.

@cdpham

4/7/2024 Awan Besar LRT station Hati2 yg bawah kereta parking yang free…bukan ada jagaan guard..

♬ Tragedy (horror, force, orchestra, movie)(1293642) – TrickSTAR MUSIC

Menurut laporan Kosmo!, difahamkan kereta-kereta berkenaan dikatakan diparkir secara haram di tepi jalan dan bukan di kawasan parkir yang disediakan oleh pihak Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang lengkap dengan kawalan keselamatan.

Perkongsian oleh pengguna TikTok @cdpham itu menarik perhatian ramai, meskipun ramai yang memberi kecaman terhadap pelaku namun ada juga yang menyalahkan pemilik kereta yang memarkir kenderaan mereka di tempat tidak sepatutnya.

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan sudah mendapat lebih 100K tontonan serta lebih 200 komen.

Selain itu, masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak berkuasa serta pihak Prasarana berkenaan video yang tular itu.

Kenapa nak aniaya orang sampai macam tu sekali?

Sumber: Kosmo!, TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.