
Baru-baru ini, telah tular satu video di media sosial yang memaparkan seorang lelaki memakai helmet dilihat berlari tidak tentu hala di tepi Jalan Jelapang, Ipoh, Perak.
Menerusi video yang dikongsikan di Twitter itu, netizen tidak pasti atas sebab apa lelaki berkenaan bertindak sedemikian, namun dia dikatakan sedang dikejar anggota polis dari belakang.
Apa hal ni pic.twitter.com/ZoNOC51kNf
— nan manjoi8715 (@nanmanjoi8715) April 2, 2023
Ramai yang membuat andaian sendiri bahawa lelaki itu telah melakukan kesalahan dan sedang melarikan diri daripada pihak polis. Namun rupa-rupanya…
Tak buat salah, rupanya lelaki kena panic attack
Demi meredakan andaian yang dibuat netizen, pihak polis semalam telah mengeluarkan satu kenyataan menjelaskan keadaan sebenar kejadian tersebut.
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan, pada 2 April lepas, pihak polis telah menjalankan operasi samseng jalanan di Jalan Jelapang, Ipoh selepas menerima aduan orang awam mengenai aktiviti lumba haram di kawasan itu.
Walau bagaimanapun, polis mendapati lelaki yang melarikan diri itu merupakan orang awam yang berasa panik dengan kehadiran mengejut polis dalam operasi malam itu.
Lelaki yang berlari dalam video tular ketika dikejar anggota polis dalam operasi lumba haram di Jalan Jelapang, Ipoh adalah orang awam yang alami 'serangan panik' dan tidak lakukan sebarang kesalahan -KPD Ipoh pic.twitter.com/QC4P9677WW
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) April 3, 2023
Siasatan pihak polis mendapati individu yang mendapat individu yang melarikan diri merupakan orang awam yang berasa panik dengan kehadiran polis secara mengejut dalan operasi malam tersebut.
“Sepanjang operasi dijalankan, pihak polis telah mengeluarkan 49 keping saman trafik atas pelbagai kesalahan lalu lintas kepada pengguna jalan raya,” katanya.
Kenyataan tersebut telah membuatkan rata-rata netizen simpati dengan nasib lelaki berkenaan dan berharap tiada yang membuat jenaka dengan keadaan yang dialami lelaki itu.
Panic attack is no joke tau! Yang alami saja yang memahami.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


![[VIDEO] Netizen Terharu Anak Gigih ‘Queue’ Beli Kereta Buat Hadiah Kejutan Untuk Bapa Sempena Raya](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)
