Kesihatan Datuk Seri Jamal Yunos Merosot, Kanser Dari Paru-paru Naik Ke Otak

LocalHealth & Fitness
27 Mar 2025 • 3:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kesihatan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos merosot dan kini sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Ampang.

Jamal ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan beliau dimasukkan ke hospital sejak Sabtu lalu.

“Sebelum itu, saya mengalami kesakitan di leher dan kepala ketika memasak di rumah. Selepas menjalani ujian pengimejan resonans magnet (MRI).”

“Doktor mendapati sel kanser yang sebelum ini di bahagian paru-paru kini merebak ke bahagian otak sebesar tiga sentimeter (cm).”

image is not available

Oleh itu, beliau memohon kepada orang ramai agar dirinya segera sembuh daripada penyakit yang beliau hadapi.

Sebelum ini, Jamal dikatakan sudah beberapa kali dimasukkan ke hospital bagi menerima rawatan untuk kanser paru-paru tahap empat. Tahap kesihatan beliau dianggap merosot sejak September 2022 yang menjadi penyebab utama beliau jadi lemah dan kehilangan berat badan.

Sumber : Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.