Kesihatan mental sangat penting

Health & Fitness
23 Nov 2025 • 3:00 PM MYT
MissWhite PrincesZIE
MissWhite PrincesZIE

Pastry is golden life. I teach pastry and always strive to be creative

image is not available
Photo Credit : https://www.majalahsains.com/kehijauan-alam-mampu-meningkatkan-kesihatan-mental/

Kesihatan mental adalah tunjang kepada kesejahteraan hidup kita. Memandangkan kita berada di penghujung tahun (November 2025), ramai yang mungkin mula berasa “burnout” atau keletihan emosi. Perkara ini selalu berlaku pada golongan orang yang sudah bekerja, pelajar dan mereka yang sibuk mengejar dateline. Kita perlukan rehat untuk setiap burnout yang dirasakan. Rehat bukan bermaksud kita malas. Pernahkah anda rasa bersalah apabila tidak melakukan apa-apa? Rasa seperti membuang masa jika sekadar duduk diam?

Dalam budaya yang mengagungkan kesibukan (hustle culture), kita sering terlupa satu fakta biologi manusia : kita bukan mesin. Kita sering menganggap keletihan mental itu “lemah”. Hakikatnya, otak kita memerlukan fasa “reboot” sama seperti telefon pintar anda. Jika telefon pun perlu dicas setiap hari, inikan pula minda manusia yang memproses ribuan maklumat setiap jam. Tanda kita perlukan “mental pause” :

  • Mudah marah dan tersinggung dengan perkara kecil.
  • Hilang minat terhadap hobi yang dulu anda suka.
  • Tidur yang tidak nyenyak walaupun badan letih.

Jika perkara ini berlaku pada diri kita. Cuba amalkan “sensory rest” (rehat deria). Tutup mata selama 5 minit, jauhkan diri dari skrin bercahaya, dan duduk di tempat yang sunyi. Benarkan otak anda berhenti memproses data visual. Ingat produktiviti memerlukan tenaga. Menjaga kesihatan mental adalah sebahagian daripada kerja anda, bukan pelarian daripadanya.

Dan hari ini, mari kita bercakap tentang “High-Functioning Anxiety” atau kemurungan tersembunyi. Ramai orang di sekeliling kita kelihatan kuat, ceria, dan berjaya, namun sedang bertarung sendirian di dalam hati. Mereka takut meluahkan perasaan kerana bimbang dilabel sebagai “lemah” atau “mengada-mengada”,

Tugas kita bukan untuk jadi doktor, tapi jadi pendengar. Jika anda perasan rakan atau ahli keluarga yang tiba-tiba menyepikan diri, atau berubah tingkahlaku. Jangan biarkan ataupun tidak mengendahkan rakan atau ahli keluarga kita begitu sahaja. Kita harus membantu antara sesama kita. Bantu rakan dan ahli keluarga dengan mendengarkan luaha hati mereka.

Masyarakat harus memahami bahawa menjaga minda adalah sama pentingnya dengan menjaga tubuh badan.


MissWhite PrincesZIE (blogisgoldjijie@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.