Kesihatan metabolik kini jadi kunci cegah obesiti dan diabetes

LocalHealth & Fitness
8 Aug 2026 • 4:53 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kesihatan metabolik kini jadi kunci cegah obesiti dan diabetes

PETALING JAYA: Kesihatan metabolik kini diberi perhatian khusus sebagai asas penting dalam usaha mengawal masalah obesiti dan diabetes yang semakin membimbangkan dalam kalangan masyarakat di negara ini

Ketua Penyelidikan dan Pembangunan Greenyn Biotechnology, Dr. Leon Hsu berkata, aspek kesihatan metabolik juga menjadi antara fokus utama lebih 50 peratus masyarakat di negara ini dan seluruh dunia dengan memberi penekanan terhadap penjagaan kesihatan menerusi pencegahan.

Katanya, pendekatan penjagaan kesihatan kini tidak lagi hanya bergantung kepada rawatan selepas penyakit berlaku, sebaliknya masyarakat semakin mencari penyelesaian yang lebih menyeluruh.

“Pendekatan itu termasuk pemakanan berfungsi (functional nutrition), nutrisi tepat (precision nutrition), bahan aktif semula jadi serta teknologi kesihatan moden yang berasaskan bukti saintifik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, perkara tersebut juga menjadi antara topik utama dalam penganjuran Malaysia Health Market Opportunities Forum yang berlangsung di Nexus Connexion Conference & Event Centre, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Forum anjuran Greenyn Biotechnology bersama THE PAGE selaku rakan media rasmi dan eksklusif itu turut mendapat sokongan Malaysian Dietary Supplement Association (MADSA).

Program berkenaan menghimpunkan pakar perubatan, penyelidik bioteknologi, wakil industri, usahawan serta profesional kesihatan dari Malaysia dan Taiwan.

Forum itu memberi tumpuan kepada tiga tema utama iaitu inovasi saintifik, aplikasi pengguna dan peluang pasaran dalam membentuk masa depan industri kesihatan metabolik.

Sementara itu, Dr. Leon Hsu, Malaysia kekal sebagai antara pasaran strategik yang diberi perhatian oleh Greenyn Biotechnology susulan peningkatan permintaan terhadap bahan aktif berfungsi yang berpotensi menyokong pengurusan kesihatan metabolik.

Beliau berkata, Greenyn Biotechnology memberi fokus terhadap penyelidikan dan pembangunan bahan bioaktif daripada sumber semula jadi, khususnya peptida berfungsi (functional peptides) yang dikaji melalui pelbagai peringkat saintifik.

“Melalui platform penyelidikan menyeluruh, kami mengenal pasti molekul bioaktif utama daripada sumber semula jadi dan mengesahkan keberkesanannya menerusi kajian saintifik,” katanya.

Antara inovasi yang diketengahkan ialah , bahan aktif peptida peria (bitter melon peptide) berpaten yang dibangunkan Greenyn Biotechnology berasaskan peptida mcIRBP-19.

Menurut beliau, bahan aktif berkenaan melalui beberapa peringkat pengesahan termasuk kajian molekul, kajian sel, ujian haiwan serta kajian klinikal manusia bagi memastikan pembangunannya disokong bukti saintifik.

Selain dikaji dalam konteks membantu mengekalkan paras gula darah yang sihat, bahan aktif berkenaan turut menunjukkan potensi dalam menyokong pengurusan berat badan, obesiti serta kesihatan metabolik secara keseluruhan.

Malah, penyelidikan berkaitan laluan metabolik GLP-1 turut membuka ruang kepada pembangunan penyelesaian kesihatan generasi baharu yang lebih menyeluruh. – UTUSAN

The post Kesihatan metabolik kini jadi kunci cegah obesiti dan diabetes appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved