“Nak Jaga Mak Dulu” – Pelakon Dan Model Tangguh Hasrat Kahwin, Utamakan Keluarga

EntertainmentLifestyle
7 Aug 2026 • 4:17 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Peragawati dan pelakon, Aleeza Kasim terpaksa menangguhkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga buat sementara waktu kerana mahu memberi sepenuh perhatian kepada ibunya yang kini berdepan masalah kesihatan.

Aleeza, 55, berkata sebagai wanita yang pernah melalui alam perkahwinan sebelum bercerai, dia masih menyimpan impian untuk kembali mempunyai pasangan hidup.

Advertisement
View this post on Instagram

Bagaimanapun, buat masa ini tanggungjawab menjaga ibu menjadi keutamaannya memandangkan adik-beradiknya yang lain sudah mempunyai keluarga sendiri.

“Setiap wanita yang pernah berkahwin dan kemudian bercerai seperti yang saya lalui, sudah pasti ada keinginan untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi.

Namun tetapi, sekarang saya sedang sibuk dengan urusan keluarga, saya perlu menjaga mak saya yang sedang sakit.”

Menurut Aleeza, dia kini banyak menguruskan keperluan ibunya termasuk memasak, mengurut serta mengemas rumah.

View this post on Instagram

“Adik-beradik saya yang lain sudah mempunyai keluarga sendiri, saya yang masih solo perlu jaga mak. Saya yang tukang masak, tukang urut mak, kemas rumah dan lain-lain lagi.

Ada orang yang bertakhta di hati saya, cuma sekarang sibuk dengan mak. Mungkin sekarang adalah masa terbaik untuk saya balas jasa mak sebelum apa-apa terjadi.”

Aleeza berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Couture Wedding Charity Fashion Showcase Anas Abdullah x RMHC Malaysia di Ronald McDonald House Hospital UKM.

Hubungan Dengan Si Dia Masih Baik

Mengulas mengenai individu yang kini bertakhta di hatinya, Aleeza percaya soal jodoh tidak perlu dipaksa kerana jika sudah ditentukan, semuanya akan berlaku pada waktu yang tepat.

“Bukan saya tak jadi kahwin, cuma saya terpaksa leretkan proses itu. Kalau tanya memang saya mahu ada pasangan hidup, namun masa kurang sesuai.

Perkara paling utama buat masa ini adalah mak, mak nombor satu. Hubungan saya dengan si dia masih dalam keadaan baik. Kalau ada jodoh, esok pun kahwin.

Saya dan si dia sama-sama pernah berkahwin, kami juga tiada anak. Oleh itu, hanya ‘follow the flow’.”

Terdahulu, sekitar Januari 2025, media tempatan melaporkan Aleeza bakal menamatkan zaman solo selepas kira-kira 15 tahun bergelar janda.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ENOT2026-08-07 14:07:00

Kini 'Free Hair' Berambut Merah, Penampilan Terkini Pelakon Dan Pelawak Jadi Tumpuan - "Ini Dugaan Saya, Dugaan Awak Belum Tahu Lagi"

The post “Nak Jaga Mak Dulu” – Pelakon Dan Model Tangguh Hasrat Kahwin, Utamakan Keluarga first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved