Kesihatan PM sangat baik: pengarah Hospital Serdang

LocalHealth & Fitness
21 Jun 2025 • 3:27 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR Tahap kesihatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sangat baik, menurut Pengarah Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Dr Farique Rizal Abdul Hamid.

Beliau berkata Anwar telah menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan di hospital berkenaan hari ini.

"Alhamdulillah, hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa kesihatan YAB (Yang Amat Berhormat) Perdana Menteri dalam keadaan yang sangat baik.

“Beliau dapat menjalankan tugasan rasmi seperti biasa," katanya dalam kenyataan.

Dr Farique Rizal berkata pemeriksaan kesihatan merupakan komitmen Perdana Menteri untuk memastikan beliau kekal cergas dan bersedia menerajui pentadbiran negara serta melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan penuh dedikasi. - 21 Jun, 2025