PM jalani pemeriksaan kesihatan tahunan, kekal cergas bertugas- pengarah hospital

21 Jun 2025 • 3:28 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 21 JUN: Tahap kesihatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sangat baik, menurut Pengarah Hospital Sultan Idris Shah, Serdang Dr Farique Rizal Abdul Hamid.

Beliau berkata Anwar telah menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan di hospital berkenaan hari ini.

“Alhamdulillah, hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa kesihatan YAB (Yang Amat Berhormat) Perdana Menteri dalam keadaan yang sangat baik.

“Beliau dapat menjalankan tugasan rasmi seperti biasa,” katanya dalam kenyataan.

Dr Farique Rizal berkata pemeriksaan kesihatan merupakan komitmen Perdana Menteri untuk memastikan beliau kekal cergas dan bersedia menerajui pentadbiran negara serta melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan penuh dedikasi.

— BERNAMA

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved