Kesilapan Pandu Arah Dan Keusangan Punca KD Pendekar Tenggelam

LocalPolitics
29 Oct 2024 • 11:08 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kesilapan pandu arah dan keadaan kapal yang usang punca Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Pendekar karam ketika melakukan rondaan di Tanjung Penyusop, Johor, pada 25 Ogos lalu.

image is not available

Foto: Berita Harian

Menurut satu kenyataan Markas Tentera Laut, Lembaga Siasatan TLDM mengenal pasti kedua-dua faktor tersebut menyumbang kepada kejadian tersebut.

“KD PENDEKAR telah tersasar dari laluan yang dirancang dan terlanggar Terumbu Punggai (Stork Reef).

“Faktor keusangan kapal yang melebihi Dasar Kasting iaitu berusia 45 tahun telah menyukarkan kawalan kebanjiran berikutan kelemahan struktur badan kapal dan mempercepatkan kebanjiran merebak ke kompartmen-kompartmen lain,” katanya hari ini.

image is not available

Foto: Berita Harian

Walau bagaimanapun, misi menyelamat dan mengapungkan KD Pendekar berjaya diselesaikan pada 15 Oktober lalu.

Namun begitu, salah seorang penyelam TLDM, Laskar Kelas I PLM Arman San bin Hermansa dilaporkan terkorban dalam pelaksanaan operasi salvaj kapal tersebut.

“Siasatan mengesahkan bahawa punca kematian penyelam adalah akibat lemas.

“Tali keselamatan yang digunakan oleh penyelam didapati tersangkut pada kapal tersebut, langkah kecemasan (emergency drill) yang dilakukan oleh penyelam malang ini tidak berhasil seterusnya menyebabkan beliau lemas,” ujarnya.

TLDM mengambil serius terhadap insiden yang terjadi dan akan sentiasa memastikan semua anggota TLDM dapat menjalankan tugas dengan baik.

Sumber: Facebook Tentera Laut Diraja Malaysia