Kesuma Juara Zon Tengah Festari Malaysia 2024, Bawa Pulang Wang Tunai RM3,000

29 Jul 2024 • 11:52 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Kumpulan Kesuma dinobatkan sebagai johan zon tengah Festival Tari Malaysia 2024, menumpaskan lapan pasukan lain yang bertanding tahun ini.

Kemenangan itu melayakkan Kesuma yang merupakan Kumpulan Kesenian Universiti Malaya membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan hadiah iringan.

Mempersembahkan tarian rampaian tradisional Kesuma Jiwa dan tarian kreatif Malaysia 'Sada Bulan Emperaga' yang mengisahkan nyanyian musim menuai, kumpulan kesenian itu berjaya menambat hati juri untuk dinobatkan sebagai juara.

image is not available

Tempat kedua pula dimenangi oleh Nyala Dance Theatre yang mempersembahkan tarian Kasih Bertaut Kembali (rampaian tradisional) dan Kepang-Ku, tari kreatif mengisahkan proses menghasilkan anyaman kuda kepang yang popular dalam masyarakat Jawa di Johor. Kumpulan itu membawa hadiah wang tunai RM2,000.

image is not available

Manakala, tempat ketiga menjadi milik Dansa Fusion Kuala Lumpur yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000. Choreoarts Dance Troupe pula pulang dengan kedukan keempat dengan hadiah wang tunai RM500.

Sementara itu, kumpulan Aadyamaatra Artisukma UKM pula dianugerahkan Anugerah Khas Juri dan menerima hadiah iringan wang tunai RM500.
 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)