“Ketagih Dengar,” Gadis Indonesia Tanya Tajuk Lagu Kelantan

LocalEntertainment
28 Aug 2025 • 11:41 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

“Ketagih Dengar,” Gadis Indonesia Tanya Tajuk Lagu Kelantan

Boleh dikatakan bahawa lagu merupakan salah satu medium terbaik untuk orang ramai belajar mengenai sesuatu bahasa. Sama ada rentak muzik yang menarik, lirik yang menusuk jiwa dan suara penyanyi yang merdu, ia akan mempunyai peminat yang tersendiri.

Bagaimanapun, ia juga sebenarnya memberi peluang kepada orang ramai memahami bahasa lain.

Bayangkan jika lagu dalam loghat di negara ini disukai oleh orang dari negara luar?

Sebenarnya itulah yang berlaku terhadap lagu loghat Kelantan yang mencuri tumpuan di TikTok. Lagu-lagu lama dari penyanyi terkenal di negeri itu kembali tular kerana keunikannya.

Menariknya, bukan orang Malaysia sahaja yang menyukainya tetapi orang Indonesia juga.

Buktinya, seorang pengguna TikTok dari negara itu memuat naik beberapa video bertanyakan mengenai lagu kelantan yang menjadi ‘candu’ buatnya.

“Tolong ini ada lagu yang lalu dekat FYP TikTok saya, macam ni bunyi dia, ‘cek cek cek itulah bunyi cicok’.

“Itu lagu apa, saya suka dengar lagu itu,” katanya.

Ia merupakan lagu bertajuk ‘Cicak’ yang dinyanyikan oleh Allahyarham Cikgu Naim. Lagu tersebut menjadi sohor kini di TikTok, malah ramai yang membuat video parodi menggunakan lagu itu.

Sebelum ini, @nrhlzh37 juga ada bertanyakan mengenai lagu ‘Ma Adik Jatuh Tangga’ dan mendapat perhatian ramai.

Walaupun tidak terlalu memahami loghat Kelantan, jelas sekali gadis itu suka mendengar rentak muzik lagu-lagu terbabit.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga net tidak menyangka bahawa lagu-lagu Kelantan turut diminati oleh orang Indonesia.

“Jauhnya lagu Kelantan pergi”

“Kelate mendunia”

“Belum dengar lagu ultraman Kelantan lagi tu”

“Tak sangka, tak lagu dia lagu Kelantan”

“Itu bunyi dikir barat Kelantan”

“Kelantan sudah melokal di Indonesia”

“Kak kena dengar lagu Woh Limau Colek pulak”

Sehingga kini, video-videonya telah mendapat 1 juta tontonan di aplikasi itu.

Sumber: nrhlzh37

View Original Article