“Plis yang tahu judulnya” – Mendonia! Netizen Indonesia ‘Ketagih’ Dengar Lagu Cicak Cikgu Naim

Entertainment
27 Aug 2025 • 1:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak minggu lepas, mereka yang kerap berada di laman TikTok pasti perasan yang lagu Dikir Barat nyanyian Cikgu Naim bertajuk Cicak sedang FYP di platform tersebut.

Maka ramailah yang mula buat video parodi, malah ada juga memuat naik lagu-lagu lain nyanyian Cikgu Naim yang bertemakan haiwan itu.

Namun siapa sangka, lagu berkenaan yang diterbitkan lebih 20 tahun lalu ini boleh terkenal hingga ke negara seberang?

Baru-baru ini, tular satu video seorang netizen dari Indonesia memuat naik video bertanyakan judul kepada lagu yang sedang tular itu. Menurutnya, dia sangat ketagih mendengar lagu Cicak itu dan mahu tahu apakah tajuk lagu berkenaan.

Please yang tahu judulnya spill, candu (ketagih) bangat,” kata gadis itu.

Rata-rata netizen di ruang komen teruja melihat minat gadis Indonesia itu kepada lagu berkenaan dan meminta mereka yang berasal dari Kelantan untuk memberi penjelasan berkenaan lagu itu.

Anak kepada Cikgu Naim juga dilihat bangga kerana lagu bapanya kini viral hingga ke Indonesia.

image is not available

Latar belakang Cikgu Naim

Sebagai info, Cikgu Naim adalah tokoh dikir barat dari negeri Kelantan dan lagu-lagunya mulai terkenal seawal tahun 2000-an dengan penghasilan video klip serta penjualan audio cakera padat dikir barat.

Sejak dari itu, nama Cikgu Naim naik mendadak dan kebanyakan lagunya disertai dengan mesej ringan serta jenaka.

Tidak ramai juga tahu bahawa Cikgu Naim ini merupakan seorang pendidik (oleh sebab itu menggunakan gelaran cikgu) dan jiwa ‘kekampungannya’ itu tidak pernah menghalang beliau untuk menabur ilmu dan jasa melalui hiburan rakyat.

image is not available

Walau bagaimanapun, tokoh dikir barat Kelantan ini telah pulang ke rahmatullah pada 5 April 2007 lalu. Kehebatannya dalam dikir barat akan sentiasa dikenang melalui lagu-lagu yang dihasilkan dan masih lagi didengari oleh anak muda sehingga sekarang.

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.