Ketahui Apa Punca Penyakit Ain & Ini Cara Merawatnya [Video]

Health & Fitness
28 Apr 2026 • 12:36 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Ketahui Apa Punca Penyakit Ain & Ini Cara Merawatnya [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tak dinafikan kita sering mendengar mengenai penyakit ain. Penyakit ain ini merupakan satu penyakit yang sememangnya terjadi dalam realiti dan kebiasaannya ia dirawat menggunakan perubatan Islam.

Setiap individu mungkin mempunyai versi penyakit ain yang berbeza-beza dan tidak sama.

Namun tidak semua mengetahui diri mereka terkena penyakit ain dan juga apakah punca terkena penyakit berkenaan.

Ustaz Jafri jelaskan punca berlakunya penyakit ain

Baru-baru ini pendakwah bebas, Ustaz Jafri menjelaskan apakah punca seseorang itu terkena penyakit ain.

Kata Ustaz Jafri dalam video yang dikongsikan di TikTok, penyakit ain itu berpunca daripada rasa takjub (perasaan terlalu kagum).

Penyakit ain juga bukan sahaja berpunca daripada rasa kagum atau takjub tetapi boleh berlaku jika timbul perasaan hasad dengki.

“Sebab tu kalau ada orang yang takjub dengan sesuatu, orang yang ditakjub boleh terkena penyakit ain,” katanya.

Sebagai contoh memuji seseorang itu cantik dan ia disebut dengan penuh ketakjuban maka individu itu berpotensi boleh terkena penyakit ain.

Boleh kena pada anak-anak disebabkan ketakjuban ibu sendiri

Malah apa yang lebih membimbangkan penyakit ain ini juga boleh terkena kepada anak disebabkan rasa takjub si ibu kepada anaknya sendiri.

“Jadi boleh berlaku kepada suami sendiri, bahkan diri sendiri. Tengok muka dekat cermin ‘eh cantiknya aku ni’ dengan ketakjuban daripada hati. Dia sendiri boleh terkena penyakit Ain berpunca daripada diri sendiri.

“Sebab itu biasakan melihat sesuatu benda yang menyebabkan ketakjuban diri kita gabungkan dengan zikrullah (zikir).”

Berzikir apabila sesuatu perkara menyebabkan seseorang berasa takjub

Antara zikir yang boleh disebut seperti:

  • Auzubillah minashaitan nirajeem
  • Bismillahirrahmanirrahim

Manakala bagi mereka yang mendengar pujian pula, mereka boleh menyebut:

  • Haza min fadli rabbi – “Ini adalah daripada kurniaan Tuhanku (Allah).”
  • MasyaAllah
  • TabarakAllah

Jelasnya lagi ayat sama turut ada digunakan di negara Arab di mana mereka meletakkan pelekat pada kenderaan.

“Itu adalah antara cara untuk mengelakkan barang-barang kita yang dipandang dengan ketakjuban boleh mengundang kepada penyakit ain,” jelasnya lagi.

@jafrimahmoodi_off

Punca penyakit ain dan cara elak. #jafrimahmoodiofficial #ustazjafriabubakarmahmoodi #ustazjafriabubakar #jafrimahmoodi #fyp

♬ original sound – jafrimahmoodi_official – jafrimahmoodi_official

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan terangkan cara rawat

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ada menjelaskan mengenai penyakit ain menerusi laman sesawangnya.

Menurutnya, penyakit ain merupakan penyakit disebabkan oleh pandangan mata yang disertai rasa iri atau takjub kepada perkara yang dipandang.

“Ianya boleh terjadi sama ada dari orang yang dengki atau orang yang dicintai, dari orang yang jahat atau orang yang soleh.

“Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata ‘ain adalah pandangan hasad daripada tabiat yang buruk yang boleh menyebabkan mudarat pada orang yang dipandangnya.’

“Beliau turut berkata ‘ain boleh terjadi dengan rasa takjub walaupun tanpa ada sifat iri dan hasad (boleh terjadi) walaupun daripada orang yang mencintai dan (walau) daripada seorang yang soleh (tanpa disengajakan) (Fath al-Bari, 10/203-205),” katanya.

Dalam artikel tersebut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut memaklumkan rawatan untuk penyakit berkenaan.

Rawatan yang dicadangkan adalah secara syar’ie seperti:

#1 Dibacakan ruqyah atau doa

Daripada Buraidah bin Al-Husyaib R.A, Rasulullah SAW bersabda:

لاَ رُقْيَةَ إِلاَّ مِنْ عَيْنٍ أَوْ حُمَة

Maksud: “Tidak ada ruqyah (yang lebih bermanfaat), kecuali untuk penyakit ‘ain, atau penyakit yang diakibatkan sengatan binatang berbisa.”

#2 Mandi dengan air

“Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Umamah bin Sahl bin Hunaif, beliau berkata: Amir bin Rabi’ah melewati Sahl bin Hunaif ketika dia sedang mandi, lalu Amir berkata: ‘Aku tidak melihat seperti hari ini, kulit yang lebih mirip (keindahannya) dengan kulit wanita yang dipinggit.’

“Tidak beberapa lama kemudian Sahl terjatuh, lantas beliau dibawa kepada Nabi SAW lalu dikatakan: ‘Selamatkanlah Sahl yang sedang terbaring sakit.'”

Baginda, Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang kamu curigai telah menyebabkan ini?”

Mereka berkata “Amir bin Rabi’ah.

Baginda SAW bersabda:

عَلاَمَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ ، إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مِنْ أَخِيهِ مَا يُعْجِبُهُ ، فَلْيَدْعُ لَهُ بِالْبَرَكَةِ

Maksudnya: “Kenapakah salah seorang daripada kamu membunuh saudaranya? Seharusnya apabila salah seorang daripada kamu melihat sesuatu pada diri saudaranya yang menakjubkan, hendaklah dia mendoakan keberkatan untuknya.”

Baginda Rasullullah SAW kemudiannya meminta air, dan menyuruh Amir untuk berwudhu. Amir lalu mencuci wajahnya, kedua tangannya sehingga ke sikut, dua lutut dan bahagian dalam kainnya.

“Nabi Muhammad SAW lalu memerintahkannya untuk menyiramkan (bekas air wudhunya) kepada Sahl. Sufyan menyebut Ma’mar berkata, daripada al-Zuhri: ‘Baginda SAW memerintahkannya untuk menyiramkan air dari arah belakangnya.” – Riwayat Ibn Majah (2828), al-Nasa’ie (10036).

Boleh usaha berlindung daripada terkena penyakit ain seperti tawakkal

Seseorang yang berusaha berlindung daripada penyakit berkenaan adalah dibolehkan dan konsep tawakal turut tidak dinafikan.

Ini kerana tawakal adalah bergantung kepada Allah SWT disertai dengan melakukan asbab perkara yang diharuskan atau diperintahkan dengannya.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga mengajak orang ramai khusus umat Islam mengamati dan tadabbur surah al-Falaq serta mengamalkannya supaya terhindar daripada penghasad dan pendengki.

Surah al-Falaq:


بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ﴿١﴾ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ ﴿٢﴾ وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ ﴿٣﴾ وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ ﴿٤﴾ وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, (1) “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; (2) “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; (3) “Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); (4) “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved