Boleh Ke Jamak & Qasar Jika Musafir Lebih 3 Hari Tapi Berpindah Tempat? Ini Penjelasannya [Video]

1 Apr 2026 • 12:41 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Solat merupakan ibadah yang wajib dilakukan oleh setiap umat Islam khususnya mereka yang sudah baligh dan mempunyai syarat sah yang cukup untuk menunaikannya.

Walau bagaimanapun dalam beberapa situasi terdapat kemudahan yang diberikan dalam menunaikan solat sebagai contohnya solat jamak dan qasar bagi mereka yang bermusafir.

Solat jamak dan qasar ini bermaksud seseorang yang sedang bermusafir ke suatu tempat yang melebihi 2 marhalah boleh menghimpunkan solat mereka dalam satu waktu.

Namun ia mestilah tidak melebihi 3 hari tidak termasuk hari perjalanan pergi dan balik. Akan tetapi terdapat persoalan bagaimana pula jika seseorang itu bermusafir lebih daripada tiga hari dan berpindah-randah ke tempat lain, adakah seseorang itu masih boleh membuat solat jamak dan qasar atau sebagainya?

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Bangunkan Projek Rintis ‘Kalkulator Musafir’, Mudah Semak Kelayakan Solat Jamak & Qasar

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Jika Lakukan Solat Jamak Takhir, Waktu Mana Yang Perlu Didahulukan? Ini Penjelasan Ustaz Jafri [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Orang Berhutang Tak Boleh Solat Jamak & Qasar Ketika Bermusafir? Ini Penjelasannya [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Jawatankuasa Fatwa Johor Wartakan 81km Jarak Baru Syarat Sah Solat Jamak & Qasar

Musafir lebih tiga hari dan pindah-randah, masih boleh jamak dan qasar ke?

Baru-baru ini pendakwah bebas, Ustaz Jafri Mahmoodi ada menjelaskan adakah seseorang itu boleh melakukan solat jamak dan qasar sekiranya berpindah ke tempat-tempat yang lain sebagai contoh ketika pulang ke kampung.

Menerusi video di TikTok, Ustaz Jafri mengatakan mengikut situasi berkenaan jika seseorang itu pulang ke kampung contohnya selama tiga hari tak termasuk perjalanan pergi dan balik, maka dia masih berada dalam status musafir.

Masih dikira musafir jika tidak berada pada tempat, daerah atau mukim atau bandar sama lebih 3 hari

Malah sekiranya individu itu bergerak ke tempat lain dalam jarak 50 kilometer (km) maka dia juga masih dikira dalam keadaan bermusafir.

“Dalam situasi ini, dia masih boleh melaksanakan solat secara jamak dan qasar. Sebab dia masih duduk dalam keadaan status bermusafir.

“Walaupun berpindah-randah ke satu tempat yang lain dengan syarat yang pertama, dia tidak berada pada tempat dalam daerah tu atau mukim tu atau bandar tu lebih daripada tiga hari tak termasuk pergi dan balik.

“Contoh Ali ni dia daripada Johor, dia musafir pergi ke Kuala Lumpur kemudian Ali duduk di Kuala Lumpur tiga hari. Kemudian Ali pergi ke Kajang, duduk sana pula dua hari. Kemudian dia pergi pula Shah Alam, dia duduk di sana pula tiga hari.

“Jadi jumlah keseluruhan dia lapan hari, dalam tempoh seluruh daripada lapan hari tersebut Ali boleh buat jamak dan qasar sebab dia tidak bermukim di satu-satu tempat,” ujarnya.

Mesti melepasi daripada kawasan mukim

Syarat yang kedua pula, seseorang itu mestilah melepas daripada kawasan mukim.

Contohnya sekiranya Ali berpindah-randah namun masih berada dalam kawasan mukim yang sama maka dia tidak boleh untuk jamak dan qasar.

“Sebagai contohnya, Ali dia pergi kawasan kajang tu. Dia duduk dalam tempoh seminggu tu, kemudian dalam tempoh tu dia bertukar-tukar tempat sekitar kawasan Kajang tu.

“Contoh daripada Johor Bahru dia datang ke Taman A Kajang (contoh) dua hari kemudian dia pergi pula ke kampung Sungai Ramal dua hari, kemudian pergi Taman Kajang Perdana pula tiga hari.

“Jadi tempoh tujuh hari ini, dia tak boleh jamak dan tak boleh qasar sebab dia kira bermukim di satu tempat di Kajang itu lebih daripada tiga hari.

“Walaupun dia berpindah-randah. Namun pindah daripada satu tempat ke tempat itu masih berlegar dalam kawasan Kajang tu sahaja.”

@jafrimahmoodi_off

Persoalan balik kampung lebih dari 3 hari tapi berpindah randah tempat duduk, boleh tak dia solat jamak qasar? #fyp #jafrimahmoodi #jafrimahmoodiofficial #ustazjafriabubakarmahmoodi #ustazjafriabubakar

♬ original sound – jafrimahmoodi_official – jafrimahmoodi_official
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved