Ketahui Bytedance, pemilik TikTok yang merubah gaya permainan platform media sosial

Digital
24 Aug 2022 • 12:00 PM MYT
Abdul Muhaimin
Abdul Muhaimin

Hi, you can call me amin, Always passionate about writing

Image from: Ketahui Bytedance, pemilik TikTok yang merubah gaya permainan platform media sosial

Photo by cottonbro from Pexels

Zaman sekarang adalah dominasi Generasi Z, yang banyak menzahirkan kesihatan sosialnya di Internet. Platform TikTok menjadi pilihan orang ramai apabila ianya menjadi salah satu platform yang terbaik di dunia. Bytedance adalah syarikat yang memiliki TikTok dan pengasasnya adalah bekas jurutera perisian, Zhang Yiming.

Menurut sumber toodia.my Zhang Yiming adalah lelaki ketujuh terkaya di dunia, hampir mengatasi jutawan yang lain, termasuk Pony Ma dari Tencent Holdings. Bakatnya telah disunting oleh beliau apabila beliau membuat keputusan untuk berhenti daripada bekerja di Microsoft dan membuka syarikat teknikalnya sendiri.

Sejak itu, Bytedance telah membuat banyak inovasi berasaskan Artificial Intelligence(AI) selain daripada TikTok. Dianggarkan nilai kekayaan Zhang Yiming melebihi 25 billion pound sterling menurut Harian Metro. Ianya satu pencapaian yang cepat dalam masa kurang 10 tahun boleh mencapai sampai ke tahap begitu.

Antara cerita yang menarik tentang pengasas TikTok ialah semasa pemerintahan Donald Trump yang mendakwa aplikasi ini boleh diceroboh data peribadi dengan mudah. Ianya menjadi satu tekanan kepada beliau. Selain itu, India dan China juga memberi dakwaan kepada aplikasi TIkTok yang memaparkan banyak kandungan lucah yang tidak sesuai kepada golongan bawah umur.

Beliau berkata, ianya adalah satu cabaran yang getir buat individi bergelar usahawan. Tiada cabaran maka ianya bukanlah satu cabaran. Syarikat Bytedance telah meningkatkan pekerja untuk menapis segala kandungan yang dimuatnaik dalam aplikasi TikTok kepada 10,000 menurut toodia.my. Ia adalah satu jaminan di mana kandungan dalam platform tersebut akan ditapis segera sebelum sampai ke dunia media sosial.

Bytedance bukan sahaja fokus kepada aplikasi TikTok sebagai cabang pendapatan mereka, tetapi juga merancang untuk membuat satu servis streaming muzik seperti Spotify dan Apple. Bytedance juga adalah pemilik kepada aplikasi produktiviti seperti Slack, iaitu jenama Lark yang memberi kemudahan kepada ramai pengusaha dan pekerja menguruskan kerja harian. Ini adalah usaha yang sangat terbaik dan menjadi inspirasi kepada ramai usahawan teknologi di seantero dunia.


Abdul Muhaimin adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav.

Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.