![Image from: Ketahui Hak Sebagai Pengguna! Ini Yang Patut Korang Lakukan Jika Penerbangan Batal Last Minute [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/04/apa-perlu-buat-kalau-flight-cancel.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Mungkin ada di antara anda yang pernah berdepan dengan situasi penerbangan dibatalkan secara tiba-tiba tidak kira domestik atau antarabangsa.
Ada sesetengah syarikat penerbangan memaklumkan atau memberi notis kepada penumpang lebih awal, bagaimanapun atas faktor tertentu, ada juga yang tahu pada minit terakhir. Oleh disebabkan itu, segelintir individu terkandas dan panik susulan isu terbabit.
Namun jika anda berada dalam situasi ini, jangan hanya berdiam diri! Ketahui hak anda dan langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi mengelakkan kerugian.
![Image from: Ketahui Hak Sebagai Pengguna! Ini Yang Patut Korang Lakukan Jika Penerbangan Batal Last Minute [Video]](https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2026/04/apa-perlu-buat-kalau-flight-cancel-1.jpg)
Sumber: Malay Mail
Ketahui Hak Sebagai Penumpang Jika Penerbangan Dibatalkan
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila pakar kewangan Faiz Azmi atau lebih mesra dikenali sebagai Financial Faiz berkongsi tentang perkara yang penumpang perlu tahu selepas penerbangan dibatalkan.
Berikut adalah panduannya:
#1. Mohon Slip Gangguan Penerbangan
Pertama sekali, penumpang harus mohon slip gangguan penerbangan (Flight Disruption Certificate) daripada perkhidmatan pelanggan syarikat penerbangan.
Kalau anda tengah rushing, boleh sahaja pergi mendapatkannya di kaunter syarikat penerbangan di lapangan terbang.
![Image from: Ketahui Hak Sebagai Pengguna! Ini Yang Patut Korang Lakukan Jika Penerbangan Batal Last Minute [Video]](https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2026/04/apa-perlu-buat-kalau-flight-cancel-3.jpg)
Slip ini penting untuk membuat sebarang tuntutan pampasan dari insurans perjalanan.
Selain itu, ia juga boleh dijadikan bukti mengapa anda lewat atau tidak dapat masuk kerja pada waktu terbabit. Hantar sahaja dokumen rasmi itu kepada staf Sumber Manusia (HR).
Dalam masa sama, slip berkenaan boleh digunakan untuk menerima bayaran balik daripada hotel yang ditempah.
Perlu diingatkan juga untuk tidak melengah-lengahkan proses permohonon slip ini kerana ia akan melambatkan urusan penerbangan.
![Image from: Ketahui Hak Sebagai Pengguna! Ini Yang Patut Korang Lakukan Jika Penerbangan Batal Last Minute [Video]](https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2026/04/apa-perlu-buat-kalau-flight-cancel-2.jpg)
#2. Muat Naik Slip Gangguan Penerbangan Ke OTA
Selepas itu, muat naik slip berkenaan dalam laman OTA (Online Travel Agency) untuk dapatkan bayaran semua tiket yang dibatalkan.
Kemudian, periksa dengan syarikat penerbangan sama ada terdapat penerbangan seterusnya pada hari sama untuk destinasi yang dituju.
Sekiranya ada, minta pihak mereka mengatur penerbangan baharu dan diberikan keutamaan (priority) memandangkan penerbangan sebelum ini sudah dibatalkan.
Namun usah risau, anda tidak perlu membuat bayaran tambahan untuk tiket terbabit kerana ia merupakan kesalahan syarikat penerbangan itu sendiri dan bukannya penumpang.
![Image from: Ketahui Hak Sebagai Pengguna! Ini Yang Patut Korang Lakukan Jika Penerbangan Batal Last Minute [Video]](https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2026/04/apa-perlu-buat-kalau-flight-cancel-4.jpg)
#3. Anda Berhak Dapatkan Bayaran Balik Penuh
Jika tiada penerbangan dalam masa terdekat, anda boleh meminta untuk dijadualkan bagi penerbangan keesokan harinya.
Pun begitu, anda juga mempunyai hak untuk mendapatkan bayaran balik penuh (full refund) bagi pembatalan tiket.
Menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), pengguna berhak menerima bayaran balik kos tiket penerbangan 100% atau diberi pilihan perubahan laluan ke destinasi akhir menggunakan keadaan pengangkutan yang setanding.
Syaratnya, penerbangan dibatalkan atau ditunda melebihi tiga jam atau lebih.
![Image from: Ketahui Hak Sebagai Pengguna! Ini Yang Patut Korang Lakukan Jika Penerbangan Batal Last Minute [Video]](https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2026/04/apa-perlu-buat-kalau-flight-cancel-6.jpg)
Sumber: Freepik
#4. Request Makanan, Tempat Penginapan Atau WiFi Percuma
Bukan itu sahaja, anda juga layak menerima pampasan seperti berikut:
Bagi kelewatan selama 2 jam atau lebih, anda layak menerima:
- Makanan
- Panggilan telefon
- Akses kepada internet
![Image from: Ketahui Hak Sebagai Pengguna! Ini Yang Patut Korang Lakukan Jika Penerbangan Batal Last Minute [Video]](https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2026/04/apa-perlu-buat-kalau-flight-cancel-5.jpg)
Bagi kelewatan selama 5 jam atau lebih, anda layak menerima:
- Makanan
- Panggilan telefon
- Akses kepada internet
- Penginapan hotel (jika perlu)
- Pengangkutan antara hotel dan lapangan terbang (jika perlu)
Langkah yang dikongsikan ini juga boleh digunakan sekiranya anda membeli tiket penerbangan dari pihak ketiga (3rd party) seperti Trip.com, Agoda dan sebagainya.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Kongsi Risiko Beli Tiket Penerbangan Guna 3rd Party
@financialfaiz Flight cancel apa nak buat? Korang pernah tak booking flight guna online travel agency (OTA), lepastu flight kena cancel? Apa langkah yang korang buat jika perkara ni terjadi? #financialfaiz #travel #flight #booking #vacation ♬ original sound – Financial Faiz
Tonton video penuh [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: Pertama Kali Naik Kapal Terbang? Ini Panduan Sesuai Untuk ‘Solo Traveler’
Apa Punca Yang Menyebabkan Penerbangan Boleh Dibatalkan?
Rata-rata syarikat penerbangan seluruh dunia mahu memberikan yang terbaik kepada setiap penumpang. Namun atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan, penerbangan terpaksa dilewatkan atau lebih parah dibatalkan.
Berikut adalan antara faktor yang menyebabkan situasi itu berlaku:
- Cuaca buruk
- Masalah teknikal pada pesawat
- Kesesakan trafik udara
- Isu operasi syarikat penerbangan seperti anak kapal tidak mencukupi
- Pemeriksaan keselamatan yang lama
- Arahan pihak berkuasa
- Ruang udara tutup akibat peperangan atau konflik negara
Baca Artikel Berkaitan: Nak Bawa Bayi Naik Kapal Terbang? Ini 5 Tips Mudahkan Perjalanan Anda
Baca Artikel Berkaitan: Faktor Keselamatan, MAHB Hentikan Perkhidmatan Aerotrain KLIA Buat Sementara
Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Universiti Terlepas Penerbangan Balik Ke KL Gara-gara Tersalah Tengok Waktu Sistem 24 Jam
