Ketampanan Wajah Anak Sulung Ziana Zain Curi Perhatian Netizen 

Entertainment
27 Jun 2023 • 8:23 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ziana Zain bersama anaknya, Muhammad Aiman. - Gambar Instagram

Jarang sekali melihat penyanyi popular, Ziana Zain membawa anaknya ke mana-mana majlis mahupun berkongsi foto anak-anaknya di media sosial. 

Namun baru-baru ini, pelantun lagu Madah Berhelah ini telah membawa anak sulungnya iaitu Muhammad Aiman ke majlis anugerah.

image is not available
Muhammad Aiman

Dua beranak ini tampil segak di mana Ziana mengenakan busana berwarna hijau, manakala Aiman pula memakai sut berwarna hitam.

Ziana juga telah memuatnaik foto-fotonya bersama Aiman di akaun Instagram rasmi beliau.

        View this post on Instagram                      

A post shared by ZianaZain (@iamzianazain)

Netizen nyata terpukau melihat ketampanan Aiman yang menemani ibunya ke majlis anugerah Malaysia's Best Business Award 2023 yang mengiktiraf Ziana sebagai 'Celebrity Enterpreneur Of The Year'

Ada juga yang menyamakan wajah Aiman dengan bapa saudaranya iaitu Anuar Zain. Malah ada juga yang mengatakan bahawa wajah Aiman seiras dengan sepupunya iaitu Ernie Zakri. 

Teringat satu masa dahulu, apabila Aiman dilahirkan, dia adalah antara anak selebriti paling popular ketika itu. Mana tidaknya ketika baru dilahirkan, Ziana tidak mendedahkan wajah Aiman untuk beberapa bulan sehingga ramai yang penasaran. Namun tiba-tiba dua beranak ini membuat kemunculan sebagai model kepada tilam Vono. Vazz! - Getaran, 27 Jun 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved