Hafidz Roshdi Rindu Anak, Luah Rasa Rindu Selepas 3 Bulan Tidak Berjumpa

Entertainment
11 Jun 2023 • 7:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selepas 3 bulan tidak bersua muka, akhirnya pelakon Hafidz Roshdi sudah dapat berjumpa dengan anak-anak.

“Bismillah, perjumpaan dengan Humairah dan Umar setelah hampir tiga bulan tak berjumpa, bayangkan rindunya seorang abah pada anak anaknya macam mana?,” begitulah isi hantaran Hafidz yang dimuat naik dalam Instagramnya.

Hafidz turut memuat naik beberapa siri gambar dan video bersama anak-anak.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.

Hafidz melafazkan cerai terhadap Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing pada 22 Februari lalu sebelum wanita itu memfailkan proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 28 Februari lalu.

Bercakap mengenai hubungannya dengan Athira Yuhada, dia berjanji akan berkongsi lanjut mengenai status hubungannya selepas penceraian selesai.

“Sekarang, saya di bawah perbicaraan kes mahkamah, saya pun tak boleh nak cakap apa-apa lagi.

“Pengakuan untuk dia… saya akan buat selepas bercerai. No comment. Itu di bawah perbincangan nantilah,” ujarnya.

Sumber: Astro Awani

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.