“Ketara Sangat, Dah Boleh Pegang Tangan Mama Kartini..” – Benar Dakwaan Ameera Khan & Jefri Nichol Sudah Bernikah?

EntertainmentLifestyle
10 Sep 2025 • 7:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, personaliti media sosial iaitu Ameera Khan ada memuat naik satu hantaran yang memaparkan beberapa foto keakraban kekasih, Jefri Nichol bersama keluarganya di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ameera Khan (@littlemisskhan)

Dapat dilihat dalam salah satu gambar yang dimuat naik, ibu Ameera iaitu Noor Kartini kelihatan selesa dan tidak kekok memegang tangan Jefri, seolah-olah sudah mempunyai hubungan mentua dan menantu.

Disebabkan kelihatan akrab, netizen berasa yakin bahawa Ameera dan Jefri sudah pun bernikah secara sah tetapi masih belum melakukan majlis persandingan rasmi.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available
Dalam pada masa yang sama, ramai juga yang mendoakan agar pasangan tersebut berkekalan hingga ke akhir hayat jika benar andaian bahawa mereka sudah pun mempunyai hubungan yang sah disisi agama.

Sekadar info, hubungan percintaan Ameera dan Jefri Nichol sering menjadi perhatian ramai susulan mereka secara terbuka memaparkan ‘kemesraan’ melampau di platform media sosial.

image is not available 2025-07-24 13:01:02

(VIDEO) Jefri Nichol ‘Unfollow’ Semua Wanita Di Media Sosial, Hormati Perasaan Ameera Khan