keteq.GaN Ialah Cip Semikonduktor Kuasa GaN Pertama Dibina Syarikat Tempatan Sarawak

LocalTechnology
7 Oct 2026 • 4:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Di Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak 2026 (IDECS26) yang sedang berlangsung di Kuching, Sarawak, baru-baru ini, kerajaan Sarawak telah mengumumkan pembangunan komponen cip semikonduktor kuasa Galium Nitride (GaN) pertama yang dihasilkan oleh sebuah syarikat tempatan yang dinamakan keteq.GaN.

Cip semikonduktor kuasa tersebut dibangunkan oleh Sarawak Microelectronics Design (SMD) Semiconductor Sdn Bhd untuk kegunaan komponen elektronik kuasa generasi akan datang, yang merangkumi infrastruktur kecerdasan buatan (AI), teknologi tenaga mampan, sistem penyimpanan tenaga bateri, grid pintar serta pengubah keadaan pepejal.

Image from: keteq.GaN Ialah Cip Semikonduktor Kuasa GaN Pertama Dibina Syarikat Tempatan Sarawak

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg yang telah merasmikan pembukaan acara IDECS 2026 dan juga pengumuman cip keteq,GaN mengatakan bahawa pembangunan cip tersebut membuktikan keupayaan Sarawak untuk bergerak melangkaui bidang pembuatan semikonduktor dengan menghasilkan teknologi sendiri untuk kegunaan industri serta pasaran di luar negeri.

Pengerusi SMD Semiconductor merangkap Setiausaha Kewangan Sarawak, Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar berkata bahawa tumpuan SMD Semiconductor ialah kini untuk membawa teknologi berkenaan melangkaui peringkat reka bentuk kepada aplikasi sebenar, sekaligus mewujudkan nilai kepada industri semikonduktor Sarawak secara lebih meluas.

“Bagi SMD, ini adalah mengenai membawa apa yang telah kita bangunkan dan menghubungkannya dengan keperluan sebenar industri. Ketika Sarawak memperkukuh ekosistem semikonduktor dan foundri, kita mahu melihat lebih banyak teknologi yang dibangunkan di sini menghasilkan nilai yang lebih besar kepada industri,” katanya.

Sumber: UKAS

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved