Keterangan 10 Exco Negeri Sembilan diambil esok 

LocalPolitics
27 Sep 2026 • 2:10 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Keterangan 10 Exco Negeri Sembilan diambil esok 

PETALING JAYA : Keterangan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan akan direkodkan esok berhubung isu adat dan perlembagaan yang berlaku di negeri berkenaan.

Perkara itu disahkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail yang memaklumkan keterangan kesemua exco itu akan diambil di Negeri Sembilan.

“Ini bagi membantu siasatan berdasarkan laporan-laporan polis yang dibuat sebelum ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dilapor berkata, warta pembatalan lantikan itu bermula 20 September lalu oleh Tuanku Muhriz mengikut Perkara 38(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Sebelum ini, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) membuat laporan polis dan menggesa pihak berkuasa membuka kertas siasatan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim serta barisan exconya.

Exco tersebut ialah Datuk Mohd Faizal Ramli, Datuk Zaifulbahri Idris, Datuk Mustapha Nagoor, Siow Kong Choon, Siti Nur Umaira Hasim, Datuk Mohd Asna Amin, Datuk Mohd Razi Mohd Ali, Suhaimizan Bizar, Mohd Fairuz Mohd Isa dan Datuk Razali Abu Samah.

Sebelum itu, Setiausaha Agung Putra Nasrul Ali Hasan Abdul Latif dilaporkan berkata, parti itu berpandangan tindakan berkenaan wajar disiasat mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan.

Ekoran isu adat di negeri tersebut, pelantikan 10 Exco terbabit adalah terbatal dan sah mengikut peruntukan undang-undang negeri.

Habis//

The post Keterangan 10 Exco Negeri Sembilan diambil esok  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved