Ketibaan raja kelas pertengahan, siri Redmi Note 12 akan dilancar di Malaysia pada 5 April

Digital
29 Mar 2023 • 2:00 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Xiaomi Malaysia hari ini telah memaklumkan kepada kami tentang majlis pelancaran produk terbaru mereka. Ia adalah telefon kelas pertengahan, siri Redmi Note 12 yang telah diumumkan di peringkat antarabangsa minggu lepas.

Pelancaran siri Redmi Note 12 di Malaysia akan diadakan pada hari Rabu, 5 April 2023 jam 7 malam. Orang ramai boleh menyaksikannya secara langsung menerusi Facebook Xiaomi Malaysia.

image is not available

Terdapat empat model dilancar di bawah siri Redmi Note 12. Ia diumumkan di Eropah dengan harga seperti berikut:

  • Redmi Note 12 (RAM 4GB + Storan 64GB) – EUR 199 (~RM950)
  • Redmi Note 12 5G (RAM 4GB + Storan 128GB) – EUR 299 (~RM1,427)
  • Redmi Note 12 Pro 5G (RAM 6GB + Storan 128GB) – EUR 399 (~RM1,904)
  • Redmi Note 12 Pro+ 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – EUR 499 (~RM2,381)

Pastinya harga di Malaysia akan lebih murah berbanding harga di Eropah.

Spesifikasi Siri Redmi Note 12

Bagi Redmi Note 12 tanpa 5G, ia menggunakan cip Snapdragon 685 dan dilengkapi kamera utama 50MP. Manakala di Redmi Note 12 5G, ia dilengkapi cip Snapdragon 4 Gen 1 serta kamera utama 48MP.

image is not available

Lain-lain perkara agak serupa untuk kedua-dua telefon ini. Antaranya RAM LPDDR4X, storan UFS 2.2 dan menerima kad mikroSD sehingga 1TB. Baterinya 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 33W USB-C. Skrin pula jenis AMOLED HD penuh 6.67-inci 120Hz, berlubang kecil di dahi memuatkan kamera hadapan 13MP.

Untuk Redmi Note 12 Pro 5G, ia diperkasa cip Mediatek Dimensity 1080, RAM LPDDR4X sehingga 8GB dan storan UFS 2.2 sehingga 256GB. Tiada slot kad mikroSD. Skrinnya dikatakan lebih baik, jenis Flow AMOLED HD Penuh 6.67-inci 120Hz. Lubang kecil di dahi menempatkan kamera hadapan 16MP.

image is not available

Terdapat tiga kamera di belakang iaitu kamera utama 50MP IMX766 OIS, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Bateri di dalamnya 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 67W USB-C. Ia ada dua speaker stereo dan menyokong Dolby Atmos.

Model terbaik, Redmi Note 12 Pro+ 5G sebenarnya sangat serupa dengan Redmi Note 12 Pro 5G. Apa yang berbeza adalah pada kamera utama, menggunakan sensor 200MP OIS serta menyokong pengecasan lebih pantas 120W USB-C. Hanya ada satu varian diumumkan iaitu RAM 8GB dan storan 256GB.

image is not available

Adakah Xiaomi Malaysia akan melancar keempat-empat model ini? Nantikan perkembangan lanjut daripada kami tidak lama lagi.

Bacaan Berkaitan