Redmi A2 dan Redmi A2+ lulus SIRIM, adakah harganya bawah RM400 seperti generasi lalu?

Digital
29 Mar 2023 • 10:46 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Pada minggu sudah, kami ada laporkan yang Redmi melancarkan siri Redmi Note 12 yang terdiri daripada 4 variasi dalam pelbagai spesifikasi. Selepas daripada peristiwa itu, Redmi sekali lagi dilapor melancarkan dua lagi telefon tanpa sebarang uar iaitu Redmi A2 dan Redmi A2+. Berbanding Redmi Note 12 yang berada dalam kelas pertengahan, siri A2 lebih kepada kelas permulaan.

image is not available

Mungkin itu menjelaskan kenapa mereka tidak mahu habiskan banyak sumber untuk telefon berkelas bawahan ini.

image is not available

Bermula dengan varian paling bawah antara kedua yang disenaraikan, Redmi A2 menampilkan panel paparah 720p sebesar 6.52". Atas papan utama, ia diperkasa Mediatek Helio G36. Konfigurasi RAM dan storan yang ditawarkan adalah sama ada 2+32 ataupun 3+32 dengan satu slot kad mikro-SD untuk anda perluaskan ruang penyimpanan data.

image is not available

Redmi A2 menjalankan sistem operasi Android 12 (Go Edition), tidak menyokong 5G, dan ada jek audio 3.5mm untuk kemudahan.

Di bahagian pengimejan, sistem kamera yang asas saja digunakan. Ia ada kamera belakang 8MP bersama-sama kamera sekunder QVGA (0.77MP) untuk bokeh. Kamera ketiga adalah kamera 5MP untuk berswafoto.

image is not available

Sistem bateri berkapasiti 5,000mAh membekalkan segala keperluan tenaga dan ia dicas menggunakan blok 10W yang disediakan di dalam kotak.

Varian yang lebih tinggi Redmi A2+, tidaklah memiliki spesifikasi yang lebih baik. Bezanya cumalah pengimbas cap jari berada di bahagian belakang sementara Redmi A2 tiada pengimbas cap jari langsung.

image is not available

Siri Redmi A2 ini dilihat sebagai pemeriah segmen telefon harga patut. Ia sangat sesuai dijadikan telefon sandaran ataupun buat pengguna yang cuma perlukan ciri asas sebuah telefon dan bukannya ciri pintar. Disebabkan ia menggunakan Android versi Go, jangkakan pilihan aplikasi yang agak terhad daripada Play Store.

Didapati juga yang Redmi A2 dan A2+ sudahpun lulus SIRIM seawal Februari 2023 lalu. Ia membayangkan telefon ini akan masuki pasaran Malaysia tak lama lagi. Harganya masih tidak diketahui, namun Redmi A1 yang dijual dalam psaran Malaysia bermula Oktober 2022 lalu berharga RM359.

image is not available

Makanya, jangkakan harga sekitar itu juga apabila ia tembusi pasaran kita kelak. Anda boleh layari laman rasmi produk Redmi A2 dan Redmi A2+ untuk maklumat lanjut.