Ketidakupayaan Bukan Satu Halangan: Ini 5 Individu Yang Berjaya Walau Punyai Kekurangan

18 Jul 2024 • 5:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

'Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan', itulah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan beberapa individu yang tidak menjadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk berjaya. 

Dengan ketabahan dan usaha yang tiada tolok bandingnya, berikut merupakan beberapa individu kelainan upaya (OKU) yang perlu dijadikan contoh untuk berjaya. 

1. Zubir Khan

image is not available


Dikenali kerana kebolehannya menyanyikan lagu dalam bahasa Tamil, Zubir tidak menjadikan kekurangan fizikalnya menjadi batu penghalang untuk mencipta nama dalam dunia seni. Walaupun mengalami kecacatan pada bahagian kanan tangan akibat kecelakaan, Zubir kini menjadi inspirasi dalam industri muzik negara. 

2. Putri Ariani

image is not available


Ariani Nisma Putri dilahirkan di Bangkinang, Riau, Indonesia pada 31 Disember 2005. Namanya mula dikenal semenjak mengikuti pertandingan Indonesia's Got Talent dan berjaya meraih kedudukan sebagai pemenang.

Putri lahir secara pramatang dalam usia kandungan 6 bulan 18 hari ketika ibunya mengalami plasenta previa. Selepas lahir, Putri perlu dirawat dalam inkubator bayi selama 3 bulan di hospital. Putri kemudian disahkan mengalami katarak setelah dikeluarkan dari inkubator.

3. Daniel Radcliffe

image is not available


Bintang utama filem bersiri Harry Potter ini menghidap penyakit Dyspraxia tahap sederhana. Dyspraxia adalah kekurangan upaya di mana individu tersebut mengalami masalah otot lemah dan IQ yang rendah sehinggakan tidak mampu untuk mengawal keseimbangan tubuh. Daniel masih lagi mempunyai masalah ini. Sebagai contoh ketika dia mahu mengikat tali kasut dan sering terjatuh ketika berdiri.

4. Michael Phelps
image is not available


Michael menghidapi penyakit ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder). ADHD merupakan kekurangan yang membuatkan seseorang terlebih aktif diluar kawalan. Jaguh renang dunia ini sering dimarahi oleh gurunya ketika di bangku sekolah kerana tidak boleh duduk diam ketika sesi pembelajaran di dalam kelas sehinggakan Michael terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan supaya dia kembali normal.



5. Cheah Liek Hou

image is not available