“Ketika Ini Saya Sangat Gembira” – Diana Danielle Muat Naik Dengan Jejaka Misteri Didakwa Kekasih?

LocalEntertainment
16 Dec 2025 • 7:43 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon jelita, Diana Danielle hari ini mencetuskan spekulasi apabila dia ada memuat naik video dan foto mesra bersama seorang jejaka di Instastory miliknya yang didakwa kekasih kepada aktres itu.

Ditemui media, Diana lebih memilih untuk menyimpan hal peribadi itu dari pengetahuan umum.

Advertisement

image is not available

Saya tak nak letak apa-apa status sama ada seseorang itu teman lelaki ataupun tidak. Nanti saya akan umumkan kalau sudah tiba waktu saya nak berkahwin. Setakat ini, apa yang saya kongsikan biarlah setakat itu sahaja.

Diana juga mengatakan dia kini berada dalam fasa matang dan meminta orang ramai untuk mendoakan kebahagiannya.

View this post on Instagram

Pada masa ini, saya rasa sangat gembira. Doakan semoga saya juga dapat mencari kebahagiaan saya pada masa depan nanti.

Sebelum ini, muncul dakwaan mengatakan Diana sedang hangat bercinta selepas dilihat keluar bersama seorang lelaki di sebuah pusat membeli belah sambil berpegangan tangan.

Sekadar info, Diana pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Farid Kamil pada tahun 2012.

image is not availableimage is not available

Mereka kemudiannya sah bercerai kali kedua selepas Diana memfailkan cerai pada 4 November tahun lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-12-16 10:35:05

"Kenapa Tak Solat Di Surau?" - Heliza Helmi Jelaskan Tindakan Solat Di Belakang Pentas ABPBH37, Nafi Rekod Sendiri

The post “Ketika Ini Saya Sangat Gembira” – Diana Danielle Muat Naik Dengan Jejaka Misteri Didakwa Kekasih? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.