Ketua AMK Tebrau puji semangat PM Anwar, kembali bekerja walau hanya berehat sehari

LocalPolitics
4 Nov 2025 • 5:32 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Tebrau, Jalex Lee En Xiang memuji semangat dan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kembali bertugas walaupun hanya berehat sehari selepas mengalami masalah kesihatan.

Menurut Jalex, tindakan Anwar yang hadir ke Parlimen bagi menghadiri Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQT) menunjukkan kesungguhan beliau dalam menjalankan tanggungjawab terhadap rakyat.

Ketua AMK Tebrau puji semangat PM Anwar

image is not available

“Sakit pada hari Ahad, baru sempat berehat sehari tetapi hari ini sudah kembali bekerja untuk menghadiri sesi PMQT demi menjawab soalan berkaitan kepentingan rakyat.

“Tabik buat PMX! Semoga benar-benar pulih sepenuhnya dalam masa yang singkat dan jaga diri baik-baik, PMX!” katanya.

Ketua AMK Tebrau puji semangat PM Anwar

image is not available

Rakyat turut kagum dengan semangat kepimpinan Anwar

image is not available image is not available image is not available

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri (PMO) memaklumkan bahawa Anwar terpaksa membatalkan lawatan kerja ke Pahang semalam atas nasihat doktor bagi mendapatkan rehat secukupnya selepas alami sakit belakang sehingga menjejaskan pergerakannya.

Sehubungan itu, PMO memohon maaf atas kesulitan berlaku khususnya kepada rakyat Pahang yang telah bersiap sedia menyambut kehadiran beliau.

Sumber: Threads @Jalex Lee En Xiang