Trump Puji Anwar Ibrahim, Malaysia Jadi Pengantara Keamanan Antara Thailand Dan Kemboja

30 Oct 2025 • 1:37 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia pmx

Tular di media sosial, rakaman video menunjukkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memuji Malaysia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Difahamkan, beliau memberi ucapan pujian itu semasa berada di Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif APEC 2025 di Korea Selatan semalam.

Trump puji PMX

Memetik laporan Harian Metro, Trump berkata kepimpinan PMX berjaya memainkan peranan penting dalam memeterai perjanjian damai antara Thailand dan Kemboja minggu lalu.

Ujar Trump, sebelum ini, Thailand dan Kemboja berada dalam konflik panas yang berterusan namun hasil kebijaksanaan diplomasi Malaysia, rundingan damai itu berjaya dimuktamadkan di Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur.

Selepas kira-kira dua hari, dengan bantuan Malaysia yang bertindak sebagai pengantara, kita berjaya menamatkan rundingan itu. Malaysia hebat dan banyak membantu dalam pelaksanaan perjanjian itu. Perdana Menteri (Anwar) juga seorang yang hebat.

Perjanjian bersejarah itu ditandatangani oleh Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dengan disaksikan oleh Trump serta Anwar.

Trump turut menambah bahawa Malaysia menyediakan kemudahan terbaik sepanjang proses rundingan berlangsung dan menyifatkan penyelesaian damai ini sebagai satu pemandangan indah yang mungkin telah “menyelamatkan berjuta nyawa.”

Pssttt! Pujian daripada pemimpin dunia seperti Donald Trump ini jelas menunjukkan peranan Malaysia di mata antarabangsa semakin dihormati. Kejayaan ini bukan sekadar diplomatik, tapi bukti bahawa kepimpinan negara mampu membawa suara keamanan ke peringkat global. Semoga usaha sebegini diteruskan demi kestabilan rantau ini.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.