Ketua Hakim Syarie dilantik Menteri Agama

LocalPolitics
2 Dec 2022 • 10:01 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

PUTRAJAYA: Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, 55, dipilih menerajui portfolio agama dalam Kabinet pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.

Pelantikan itu diumumkan Perdana Menteri kepada rakyat Malaysia dalam sidang akhbar di Putrajaya, sejam lalu.

Beliau akan memegang jawatan itu selaku Senator atau Ahli Dewan Negara bagi menyambung tugas bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

Dr Mohd Na’im sebelum ini dilantik sebagai Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie untuk menerajui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) berkuat kuasa pada 1 April 2019.

Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

Antara jawatan lain pernah disandang beliau adalah Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di JKSM, Pendakwa Syarie Kanan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved