
LAHAD DATU: Setiap ketua isi rumah (KIR) yang terjejas banjir di daerah ini akan menerima bantuan wang ihsan berjumlah RM1,000 daripada kerajaan.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohd Yusof Apdal berkata, bantuan ini akan diselaraskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Lahad Datu.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Yusof yang ditemui selepas melawat mangsa-mangsa banjir di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di daerah ini iaitu AVTC Segama, Kolej Vokasional Lahad Datu dan SMK Terusan berkata, banjir kilat yang melanda daerah itu kali ini antara yang terburuk pernah berlaku.
Berikutan banjir kali ini, seramai 505 penduduk terjejas dan dipindahkan ke tiga PPS.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more "Kita memerlukan satu laporan terperinci berhubung kesan banjir terhadap masyarakat serta kemudahan infrastruktur yang rosak akibat banjir.
"Kita akan mendapatkan laporan ini daripada Pejabat Daerah Lahad Datu dan membawanya ke peringkat Persekutuan agar dapat diatasi dengan segera,” tambahnya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); Dalam lawatan ke tiga PPS itu, Ahli Parlimen Lahad Datu itu turut menyampaikan sumbangan kepada 133 KIR.
Sementara itu, Pengerusi JPBD Lahad Datu, Firuz Idzualdeen Mohd Dzul berkata, PPS SMK Terusan yang dibuka pada 29 Januari lalu, telah ditutup pada petang Jumaat.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Penutupan ini dibuat selepas tujuh keluarga yang dipindahkan ke sini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Di KOTA MARUDU, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib turut menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir, pada Jumaat.
Adun Sugut itu melawat PPS Sekolah Menengah Adventist Goshen dan PPS SK Ranau ketika lawatan kerja itu.
“Kami akan memberikan bakul makanan kepada setiap ketua isi rumah sebagai bekalan apabila mereka pulang ke rumah masing-masing nanti.
“Saya juga meminta Pegawai Daerah untuk menyenaraikan semua mangsa terjejas banjir. Ini akan memudahkan mereka menerima bantuan RM1,000 ihsan kerajaan,” katanya.
Terdahulu, James turut menghadiri sesi taklimat banjir di bilik operasi Pejabat Daerah Kota Marudu untuk mengetahui situasi bencana itu di daerah ini.
Untuk lawatan itu, beliau turut disertai Timbalan Setiausaha Tetap Kementeriannya, Alijah Ismail, Pengarah Kebajikan Sabah Jais Aari, Pengarah Kesihatan Sabah Dr Maria Suleiman dan Setiausaha Eksekutif Pemadam Jossie Ansilmus.
Sesi taklimat itu pula juga dihadiri Adun Tandek Datuk Hendrus Anding, Datuk Maijol Mahap serta Pegawai Daerah Kota Marudu Meirin Sugara.
James dijangka melawat Pitas, Paitan, Telupid dan Beluran untuk meninjau situasi banjir di situ.



