Ketua Jabatan Di Samosir Ditahan, Dipercayai Seleweng Dana Bantuan Banjir

LocalPolitics
28 Dec 2025 • 5:03 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ketua Jabatan Di Samosir Ditahan, Dipercayai Seleweng Dana Bantuan Banjir

JAKARTA — Pejabat Pendakwa Raya Negeri (Kejari) Samosir menahan Ketua Jabatan Kebajikan Sosial dan Pemerintahan Masyarakat Desa (PMD) Kabupaten Samosir, selepas dipercayai terlibat dalam kes dakwaan penyelewangan bantuan bencana banjir bernilai lebih Rp1.5 bilion, lapor Detik,Com.

Difahamkan, bantuan tersebut merupakan peruntukan daripada Kementerian Sosial Republik Indonesia (Kemensos) bagi mangsa banjir kilat di wilayah berkenaan.

Ketua Seksyen Perisikan Kejari Samosir, Richard Simaremare, berkata suspek ditahan selepas pihak penyiasat menemukan bukti kukuh berkaitan penyelewengan dana bantuan pengukuhan ekonomi mangsa bencana bagi tahun 2024.

Menurut beliau, jumlah keseluruhan peruntukan bantuan adalah sebanyak Rp1,515,000,000 (sekitar RM366,000), namun hasil pengiraan mendapati kerugian kewangan negara dianggarkan mencecah Rp516,298,000 (RM124,736).

Bantuan itu sepatutnya disalurkan kepada 303 ketua keluarga yang terjejas akibat banjir kilat di Desa Sihotang, Kecamatan Harian, pada tahun 2023.

Bagaimanapun, suspek didakwa mengubah kaedah penyaluran bantuan daripada bantuan tunai kepada bantuan barangan.

Suspek turut didakwa melantik BUMDes-MA Marsada Tahi sebagai pembekal barangan tanpa kelulusan Kementerian Sosial, selain meminta potongan 15 peratus daripada nilai bantuan untuk kepentingan peribadi dan pihak lain.

Richard berkata siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti pihak-pihak lain yang terlibat dalam kes tersebut dan suspek kini ditahan di Penjara Kelas III Pangururan.

Sumber: Detik,com