Tular Video Bayi Dikasari Di Taska, Polis Tahan Seorang Wanita Usai Terima 3 Laporan

LocalFamily & Parenting
28 Dec 2025 • 2:56 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang wanita dipercayai pengasuh berusia 26 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes penderaan bayi di sebuah taska di Desa Petaling, selepas tiga laporan diterima melibatkan mangsa berusia enam dan sembilan bulan.

Seorang wanita ditahan bantu siasatan

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan menyatakan suspek telah ditahan pada 16 Disember lalu dan siasatan masih dijalankan.

“Suspek, iaitu seorang wanita berusia 26 tahun, telah ditahan pada 16 Disember lalu untuk siasatan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur.
“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan siasatan masih dijalankan,” ujarnya.

image is not available

Seorang wanita dipercayai kasari bayi di Taska

Tambah beliau, siasatan awal mendapati hanya seorang suspek terlibat dalam kes ini.

Insiden berkenaan tular di akaun Threads, memaparkan rakaman dua wanita dipercayai menampar dan mencampak bayi di pusat jagaan tersebut, mencetuskan kemarahan netizen dan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa.

 image is not available

Artikel lain: Bayi 6 Bulan Maut di Taska, Dipercayai Lemas Akibat Tertiarap

Menurut pengguna akaun @liyanazulkifli, rakaman itu menunjukkan anaknya dan beberapa bayi lain mengalami penderaan fizikal oleh pengasuh taska.

“Anak saya baru enam bulan, tak tahu apa-apa. Empat tahun tunggu, sembilan bulan aku kandungkan dia. Hancur hati tengok anak kena macam tu,” katanya dalam hantaran di Threads.

image is not available

 

Sumber: Threads liyanazulkifli_, Sinar Harian (Muhammad Afzam Ramli)

The post Tular Video Bayi Dikasari Di Taska, Polis Tahan Seorang Wanita Usai Terima 3 Laporan appeared first on Borak Daily.