Ketua jurulatih: Perebutan naib juara Liga Super, Selangor miliki kelebihan lapan mata

28 Feb 2025 • 9:34 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 28 FEB: Biarpun kerugian gagal mengutip tiga mata, ketua jurulatih Selangor FC Katsuhito Kinoshi tetap memuji anak buahnya yang mampu bertahan hingga wisel penamat untuk terikat tanpa jaringan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi.

Beliau berkata walaupun ia bukan keputusan yang diinginkan, tapi memadai buat skuad Gergasi Merah yang mengekalkan mengekalkan defisit lapan mata dengan Sang Badak dalam perebutan bergelar naib juara Liga Super 2024-2025.

“Ia perlawanan yang sengit, kita mempunyai banyak peluang tapi gagal terjemahkan ke dalam gol. Sabah juga ada banyak peluang, dan inilah keputusannya 0-0.

“Kita masih dapat mengekalkan perbezaan lapan mata dengan Sabah,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Beliau berkata Selangor yang merekodkan 13 kemenangan setakat ini, tekad mencipta keputusan positif pada baki tiga perlawanan sebelum saingan liga menutup tirai.

Semalam, Selangor dan Sabah buntu untuk mencipta sebarang jaringan untuk terikat 0-0 selepas 90 minit perlawanan, menyaksikan Selangor kekal di tangga kedua Liga Super dengan 43 mata diikuti Sabah ketiga dengan 35 mata.

Selangor dijadualkan berdepan Kelantan Darul Naim FC di Stadium MBPJ manakala Sabah menghadapi Terengganu FC di tempat lawan.

— BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved